Registration of Births and Deaths (Special Provisions) Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pendaftar Besar boleh, atas permohonan dalam borang yang ditetapkan dan apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan yang mengandungi butir-butir yang direkodkan dalam daftar.
Pendaftar Besar boleh, sebelum mengeluarkan sesuatu perakuan di bawah subseksyen (1), membuat siasatan untuk menentukan bahawa perakuan itu akan digunakan hanya bagi maksud yang sah di sisi undang-undang.
Tiap-tiap perakuan itu hendaklah diperakui di bawah tandatangan Pendaftar Besar atau seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.