Registration of Births and Deaths (Special Provisions) Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
5. Orang yang berkelayakan untuk memberikan maklumat
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Orang yang berikut berkelayakan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan sesuatu kelahiran, iaitu:
bapa kanak-kanak itu;
ibu kanak-kanak itu;
penduduk rumah yang di dalamnya kanak-kanak itu telah dilahirkan dengan di ketahui oleh penduduk itu;
sesiapa yang hadir pada masa kelahiran itu;
sesiapa yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu; dan
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian
(Peruntukan-Peruntukan Khas)
mana-mana orang lain yang mengetahui sendiri tentang kelahiran itu.
Orang yang berikut berkelayakan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan sesuatu kematian, iaitu:
sesiapa yang hadir pada masa kematian itu;
penduduk atau seseorang penghuni rumah itu jika dia mengetahui tentang berlakunya kematian itu;
sesiapa yang bertanggungjawab menjaga mayat itu;
orang yang menyebabkan mayat itu dilupuskan; dan
mana-mana orang lain yang mengetahui sendiri tentang kematian itu.