Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

6. Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir

(1)

Seseorang Pendaftar hendaklah merekodkan apa-apa butir sebagaimana yang ditetapkan dalam suatu buku laporan mengikut bentuk yang ditetapkan mengenai sesuatu kelahiran atau kematian, yang diberikan kepadanya oleh seseorang yang berkelayakan untuk berbuat demikian.

(2)

Seseorang Pendaftar boleh, sebelum merekodkan sesuatu kelahiran atau kematian itu, mengemukakan soalan kepada pemberitahu maklumat itu untuk memuaskan hatinya tentang berlakunya kelahiran atau kematian itu, bahawa pemberitahu maklumat itu berkelayakan untuk memberikan maklumat itu dan bahawa kelahiran itu adalah kelahiran atau kematian seseorang warganegara Malaysia.

Report