Skip to content
ActIn force

Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1975
Sections
13
Languages
MS · EN

Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975 is Malaysia Act, cited as Act 152 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 152

AKTA PENDAFTARAN

KELAHIRAN DAN KEMATIAN

(PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

KHAS) 1975

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA 152 2

Tarikh Perkenan Diraja

… … … …

10 Februari 1975

Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... ...

20 Februari 1975

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama

1997

Cetakan Semula Yang Kedua

2001

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian

(Peruntukan-Peruntukan Khas)

3

Akta 152

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran kelahiran dan kematian di kalangan warganegara Malaysia yang berlaku semasa menunaikan haji ke Hedjaz. [1 September 1974] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Kelahiran dan

Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975.

Tafsiran

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“buku laporan” ertinya buku laporan yang disebut dalam seksyen 6;

“daftar” ertinya sesuatu daftar yang simpan di bawah seksyen 8;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran kelahiran dan kematian;

“Pendaftar” ertinya seseorang Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3;

“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian yang dilantik di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299]; dan

Undang-Undang Malaysia

AKTA 152 6

“perakuan” ertinya sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 9.

Seksyen 3

Pendaftar

(2)

Semua Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574].

Pendaftaran kelahiran dan kematian orang yang menunaikan

Seksyen 4

Haji

(a)

kepada Pendaftar, dalam tempoh empat puluh hari dari berlakunya kelahiran atau kematian itu; atau

(b)

kepada Pendaftar Besar, dalam tempoh enam bulan dari berlakunya kelahiran atau kematian itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang disifatkan menunaikan haji dari masa dia meninggalkan Malaysia dalam perjalanannya ke Hedjaz sehingga masa dia kembali ke Malaysia.

Seksyen 5

Orang yang berkelayakan untuk memberikan maklumat

(c)

penduduk rumah yang di dalamnya kanak-kanak itu telah dilahirkan dengan di ketahui oleh penduduk itu;

(e)

sesiapa yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu; dan

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian

(Peruntukan-Peruntukan Khas)

(f)

mana-mana orang lain yang mengetahui sendiri tentang kelahiran itu.

(2)

Orang yang berikut berkelayakan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan sesuatu kematian, iaitu:

(b)

penduduk atau seseorang penghuni rumah itu jika dia mengetahui tentang berlakunya kematian itu;

(e)

mana-mana orang lain yang mengetahui sendiri tentang kematian itu.

Seksyen 6

Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir

(2)

Seseorang Pendaftar boleh, sebelum merekodkan sesuatu kelahiran atau kematian itu, mengemukakan soalan kepada pemberitahu maklumat itu untuk memuaskan hatinya tentang berlakunya kelahiran atau kematian itu, bahawa pemberitahu maklumat itu berkelayakan untuk memberikan maklumat itu dan bahawa kelahiran itu adalah kelahiran atau kematian seseorang warganegara Malaysia.

Seksyen 7

Penyerahan rekod kepada Pendaftar Besar

Tiap-tiap Pendaftar hendaklah pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar Besar, menyerahkan segala catatan yang lengkap yang dibuat dalam buku laporan yang disimpan olehnya kepada Pendaftar Besar.

Seksyen 8

Mencatatkan rekod dalam daftar

(2)

Pendaftar Besar boleh, sebelum membuat catatan itu dalam daftar membuat siasatan untuk memuaskan hatinya bahawa butir-butir yang terkandung dalam buku laporan itu benar dan tepat dan dia tidak boleh mencatatkan apa-apa butir yang dia tidak berpuas hati benar atau tepat.

(3)

Pendaftar Besar boleh membuat pembetulan kepada mana-mana butir yang, selepas siasatan, difikirkannya perlu.

Seksyen 9

Pengeluaran perakuan

(2)

Pendaftar Besar boleh, sebelum mengeluarkan sesuatu perakuan di bawah subseksyen (1), membuat siasatan untuk menentukan bahawa perakuan itu akan digunakan hanya bagi maksud yang sah di sisi undang-undang.

(3)

Tiap-tiap perakuan itu hendaklah diperakui di bawah tandatangan Pendaftar Besar atau seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.

Seksyen 10

Catatan sebagai keterangan mengenai kelahiran atau kematian

Sesuatu catatan dalam daftar dan sesuatu perakuan yang berupa sebagai dikeluarkan di bawah seksyen 9 dan yang berupa sebagai dibuat di bawah tandatangan Pendaftar Besar atau seseorang yang diberi kuasa olehnya hendaklah diterima tanpa bukti lanjut atau bukti lain sebagai keterangan mengenai fakta dan butir-butir yang berhubungan dengan kelahiran atau kematian yang ditetapkan supaya ada dalam daftar dan yang direkodkan dalam daftar.

Seksyen 11

Pewakilan

Pendaftar Besar boleh secara bertulis mewakilkan mana-mana atau semua kuasa yang diberikan kepadanya dan mana-mana atau semua kewajipan yang dipertanggung ke atasnya oleh Akta ini kepada mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta Pendaftaran

Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299].

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian

(Peruntukan-Peruntukan Khas)

9

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan mengecualikan kehendak di bawah mana-mana undang-undang lain

Seksyen 12

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan mengecualikan seseorang daripada kehendak mana-mana undang-undang lain yang mentadbirkan pendaftaran kelahiran dan kematian.

Seksyen 13

Kaedah-kaedah

(2)

Walau apa pun dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen

(1)

, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan mana-mana atau semua perkara yang berikut:

(a)

bentuk dan kandungan daftar, perakuan, borang dan dokumen lain yang dikehendaki dan maklumat yang hendaklah diberikan bagi menjalankan maksud Akta ini;

(c)

jagaan mengenai daftar, borang, perakuan dan dokumen lain yang berkaitan dengan urusan pendaftaran; dan

(d)

pengeluaran perakuan.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 152 10

Akta 152

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa meminda dari

Akta A327

Akta Kanun Keseksaan 31-03-1976

(Pindaan dan Peluasan)

1976

Akta A626

Akta Pendaftaran Kelahiran 13-09-1985

dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) (Pindaan)

1985

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian

(Peruntukan-Peruntukan Khas)

11

Akta 152

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 3

Akta A327 31-03-1976 4

Akta A626 13-09-1985

Common questions

What is Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975?
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975 is Malaysia Act, cited as Act 152 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.
Is Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975 still in force?
Yes — Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975 is currently in force.
When did Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975 take effect?
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975 was first recorded in 1975.
How many sections does Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975 have?
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975 contains 13 sections.
Where can I read the official version of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975?
The official text of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975 (No. 152)