/akn/my/act/act/1975/158

*AKTA AHLI KIMIA 1975

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1975
Last amended
2015
Sections
35
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA AHLI KIMIA 1975 is Malaysia Act, cited as Act 158 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperbadankan Institut Kimia Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya dan perkara bersampingan lain. [1 November 1977, P.U. (B) 627/1977; kecuali subseksyen 23(2): 1 Oktober 1978, P.U. (B) 516/1978] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi seluruh Malaysia dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Suggest a correction

(3)

Subseksyen 23(2) hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam

Warta, iaitu suatu tarikh yang tidak lebih awal dari empat bulan kalendar selepas tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen (2).

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“ahli farmasi berdaftar” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 [Akta 371];

“anggota” atau “anggota Institut” atau “ahli kimia berdaftar”

ertinya seseorang yang pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini sebagai seorang anggota Institut;

“daftar” ertinya daftar anggota yang disenggarakan di bawah seksyen 15;

“Institut” ertinya Institut Kimia Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Jawatankuasa” ertinya mana-mana Jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta ini;

“kaedah-kaedah” dan “undang-undang kecil” ertinya kaedah-kaedah dan undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini;

“Majlis” ertinya Majlis Institut;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Institut yang dinyatakan oleh subseksyen 14(1);

“Pertubuhan” ertinya badan yang dikenali sebagai Institut Kimia

Malaysia yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan pada 13 Oktober 1967 [P.W. 4647 tahun 1967] di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335];

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 14(2);

Ahli Kimia 7

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini.

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Institut boleh melakukan segala perkara yang perlu bagi maksud Institut dan khususnya boleh, tertakluk kepada subseksyen (3)—

(a)

membeli atau memajak apa-apa tanah yang dikehendaki bagi maksud Institut;

Suggest a correction

(b)

mengambil dan melanggan atau selainnya memperoleh saham dan syer dalam mana-mana syarikat, jika keanggotaan syarikat itu mustahak atau berfaedah kepada Institut bagi maksud memperoleh dan memegang apa-apa pajakan atau sewaan tanah daripada syarikat itu yang dikehendaki bagi maksud

Institut;

Suggest a correction

(c)

kecuali dalam hal pajakan dari bulan ke bulan, menjual, menyerahkan, memajak, menukarkan atau menggadai

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

janji mana-mana tanah atau bangunan yang terletak hak padanya, mengikut apa-apa cara yang didapatinya paling sesuai atau berfaedah;

Suggest a correction

(d)

meminjam wang sama ada dengan cara overdraf bank atau selainnya bagi apa-apa maksud Institut yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa oleh

Majlis;

Suggest a correction

(e)

menjamin apa-apa kontrak dengan mana-mana syarikat yang daripadanya Institut ada memegang atau bercadang hendak memegang sesuatu pajakan atau sewaan mengikut perenggan (b) dan apa-apa kontrak lain yang baginya

Institut mungkin mempunyai sesuatu kepentingan kewangan dan kepadanya ia boleh menjadi suatu pihak yang sah di bawah seksyen ini; dan

Suggest a correction

(f)

menerima pemberian, derma dan pemberian wasiat daripada orang perseorangan, syarikat, yayasan atau punca lain.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Penjalanan kuasa di bawah perenggan (2)(a), (b), (c), (d) dan

(e)

hendaklah dengan kelulusan Menteri.

Keanggotaan Institut

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Institut hendaklah terdiri daripada orang yang pada masa ini didaftarkan sebagai anggotanya di bawah Akta ini.

Seksyen 5

Pejabat Institut

Open as pageSuggest a correction

Institut hendaklah sentiasa mempunyai dan menyenggara suatu pejabat, dan alamat pejabat itu dan apa-apa perubahan mengenainya hendaklah disiarkan oleh Pendaftar dalam Warta.

Ahli Kimia 9

Seksyen 6

Kumpulan wang Institut

Open as pageSuggest a correction

Institut hendaklah menubuh dan mentadbir suatu kumpulan wang yang ke dalamnya hendaklah dibayar dan daripadanya hendaklah dibayar semua wang yang diterima dan semua perbelanjaan yang dilakukan dengan sepatutnya oleh Institut pada menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.

Seksyen 7

Fungsi Institut

Open as pageSuggest a correction

(a)

menentukan kelulusan bagi orang untuk diterima masuk sebagai anggota;

Suggest a correction

(i)

latihan, pendidikan dan peperiksaan oleh Institut atau mana-mana badan lain, bagi orang yang bercadang untuk mejadi anggota; dan

(ii)

latihan dan perkembangan professional berterusan bagi anggota yang mengamalkan atau bercadang untuk mengamalkan profession kimia di Malaysia;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

mengawal selia pengamalan, oleh anggota, profesion kimia di Malaysia;

Suggest a correction

(d)

memajukan kepentingan profession kimia dan juga meningkatkan kesedaran awam dan penghargaan terhadap bidang kimia;

Suggest a correction

(e)

memberi apa-apa bantuan wang atau bantuan lain kepada anggota atau orang tanggungan mereka sebagaimana yang difikirkannya patut dengan tujuan hendak melindungi atau memajukan kebajikan anggota;.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

Suggest a correction

(f)

memberi maklumat dan nasihat kepada anggota dan orang awam tentang perkara yang berhubungan dengan kimia;

Suggest a correction

(g)

bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain, badan professional kebangsaan dan antarabangsa, organisasi saintifik kebangsaan dan antarabangsa dan institusi pendidikan tinggi tentang perkara yang berhubungan dengan kimia;

Suggest a correction

(h)

memberi input professional, nasihat dan perundingan tentang isu nasional dan global yang melibatkan orang awam melalui kerjasama rapat dengan ahli akademik, badan professional yang lain dan industri;

Suggest a correction

(i)

meluluskan atau meolak pemberian akreditasi bagi program kimia dan program berkaitan dengan kimia di istitusi pendidikan tinggi awam dan institusi pendidikan tinggi swastadi Malaysia mengikut Akta Agensi

Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679].

Suggest a correction

(j)

menasihati Menteri tentang perkara yang berhubungan dengan kimia dan profesion kimia; dan

Suggest a correction

(k)

mempromosikan kemajuan dalam bidang kimia dan sains yang berkaitan dengan kimia dan aplikasinya.

Kaedah-kaedah Institut

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

peraturan mengenai pengamalan, oleh anggota, akan profesion kimia di Malaysia;

Ahli Kimia 11

Suggest a correction

(b)

penerimaan masuk anggota, bayaran yang kena dibayar apabila diterima masuk dan cara yang baginya keanggotaan boleh terhenti;

Suggest a correction

(c)

kelayakan bagi orang untuk diterima masuk sebagai anggota;

Suggest a correction

(d)

latihan, pendidikan atau peperiksaan bagi orang untuk diterima masuk sebagai anggota dan bayaran yang kena dibayar baginya;

Suggest a correction

(e)

pengalaman praktikal yang dikehendaki untuk diterima masuk sebagai anggota dan kuasa bagi Majlis atau mana-mana Jawatankuasa untuk meluluskan tempat pekerjaan yang mana pengalaman praktik itu boleh diperoleh;

Suggest a correction

(g)

pemilihan, pelantikan, peletakan jawatan dan pemecatan anggota Majlis;

Suggest a correction

(h)

pemilihan, pelantikan, peletakan jawatan, dan pemecatan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua dan

Setiausaha Majlis;

Suggest a correction

(j)

cara mengundi dalam mana-mana mesyuarat Majlis atau mesyuarat anggota;

Suggest a correction

(k)

tatacara bagi

Jawatankuasa

Penyiasatan dan

Jawatankuasa Tatatertib dan tatacara yang berhubungan dengan apa-apa aduan kepada mana-mana Jawatankuasa itu;

Suggest a correction

(l)

penyiaran dalam Warta, akhbar dan lain-lain mengenai prosiding dan keputusan Jawatankuasa Tatatertib;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

Suggest a correction

(m)

penggunaan dan jagaan meterai perbadanan Institut;

Suggest a correction

(n)

jagaan, pelaburan dan perbelanjaan kumpulan wang dan harta Institut;

Suggest a correction

(o)

peraturan dan pentadbiran Institut dalam segala perkara di dalam bidang kuasanya; dan

Suggest a correction

(p)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Segala kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah tertakluk kepada kelulusan Menteri dan, jika diluluskan oleh Menteri, hendaklah disiarkan dalam Warta.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Anggota Majlis yang dipilih itu hendaklah pada setiap masa termasuk tidak kurang daripada tiga orang Fellows dan tidak lebih daripada tiga orang Licentiates.

Suggest a correction

(3)

Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua Institut hendaklah dipilih oleh Majlis daripada kalangan anggotanya dan sekiranya berlaku sesuatu kekosongan luar jangka dalam jawatan Yang

Dipertua atau Naib Yang Dipertua, Majlis hendaklah memilih dalam mesyuaratnya yang berikutnya atau dengan seberapa segera yang boleh kemudian daripadanya seorang daripada anggotanya untuk mengisi kekosongan itu.

Ahli Kimia 13

Suggest a correction

(4)

Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Majlis.

Kuasa am Majlis

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada ketetapan Institut boleh membatalkan penjalanan apa-apa kuasa atau pelakuan apa-apa perbuatan atau perkara oleh Majlis sebelum ini, yang tetap sah jika ketetapan itu tidak diluluskan.

Kuasa tertentu Majlis

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

membuat undang-undang kecil bagi mengadakan peruntukan mengenai semua perkara yang tidak dikhaskan dengan nyata bagi Institut dalam mesyuarat agung, sama ada perkara itu dinyatakan antara kuasanya atau tidak, dan membuat undang-undang kecil bagi menggesa anggota supaya mengamalkan profesion kimia dengan sempurna, bagi mencegah amalan yang menyalahi undang-undang dan yang keji dalam profesion itu di kalangan anggota dan bagi memajukan kepentingan profesion itu;

Suggest a correction

(b)

melantik pegawai, kerani, ejen dan pekhidmat bagi perkhidmatan tetap, sementara atau khas, yang difikirkannya patut dan menetapkan kewajipan dan terma dan syarat perkhidmatan mereka;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

Suggest a correction

(c)

mengambil perhatian tentang apa-apa jua yang menyentuh Institut atau kelakuan anggotanya dari segi profesion dan membawa dalam mana-mana mesyuarat agung Institut apa-apa perkara yang difikirkannya material bagi Institut atau bagi kepentingan profesion dan membuat apa-apa syor dan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannya patut yang berhubungan dengannya;

Suggest a correction

(d)

berhubung dengan badan lain yang seumpamanya dan dengan anggota profesion itu di tempat lain bagi maksud mendapatkan dan memberi maklumat mengenai segala perkara yang mungkin terbukti berfaedah atau menarik perhatian anggota dan membuat rundingan dan perkiraan dengan badan itu bagi saling mengiktiraf taraf anggota Institut;

Suggest a correction

(e)

menubuhkan cawangan Institut yang difikirkannya patut;

Suggest a correction

(f)

mewakilkan apa-apa kuasa, keistimewaan dan budi bicaranya, kecuali kuasa tatatertibnya, kepada mana-mana cawangan Institut atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut;

Suggest a correction

(g)

melantik Jawatankuasa Institut bagi apa-apa maksud dan dengan apa-apa kuasa yang ditetapkannya;

Suggest a correction

(h)

menjalankan segala kuasa, keistimewaan dan budi bicara yang tidak dikehendaki dengan nyata dan eksklusif oleh Akta ini supaya dijalankan oleh anggota

Institut dalam mesyuarat agung; dan

Suggest a correction

(i)

menggunakan meterai perbadanan Institut.

Ahli Kimia 15

*Anggota Majlis, Jawatankuasa, dsb., mestilah warganegara

Suggest a correction

Seksyen 11A

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh menjadi anggota Majlis, atau mana-mana Jawatankuasa, bagi Institut atau sesuatu jawatankuasa bagi mana-mana cawangan

Institut melainkan jika dia seorang warganegara Malaysia.

Seksyen 12

Kuasa Majlis pertama untuk membuat kaedah-kaedah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (1) tertakluk kepada kelulusan Menteri dan, jika diluluskan oleh Menteri, hendaklah disiarkan dalam Warta, dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda atau dibatalkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 8.

Jaminan

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Majlis arahan bersifat am yang konsisten dengan peruntukan Akta ini dan Majlis hendaklah menguatkuasakan arahan itu.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Apabila jawatan Pendaftar kosong atas sebab kekosongan jawatan Ketua Pengarah Kimia, Menteri hendaklah melantik seseorang untuk menjalankan tugas sebagai Pendaftar sehingga Ketua

Pengarah Kimia yang baru dilantik.

Suggest a correction

(2)

Majlis hendaklah melantik seorang Setiausaha bagi Majlis daripada kalangan anggota Majlis.

Suggest a correction

(3)

Pendaftar boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah

Akta ini atau kaedah-kaedah atau undang-undang kecil kepada

Setiausaha.

Suggest a correction

(4)

Pada menjalankan fungsinya, Setiausaha hendaklah tertakluk kepada kawalan, pengawasan dan arahan Majlis.

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar hendaklah mengadakan daftar itu untuk pemeriksaan pada waktu yang munasabah apabila membayar fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya disiarkan dalam

Warta, sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tahun, suatu

Salinan daftar itu yang mengandungi perubahan kepada senarai keanggotaan daftar bagi anggota yang telah dikeluarkan daripada daftar, dimasukkan dalam daftar atau dinaik taraf daripada Licentiate kepada Member atau Member kepada Fellow.

Keanggotaan Institut

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), dan tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), tiap-tiap orang berhak, apabila membayar fi yang ditetapkan, diterima masuk oleh Majlis sebagai seorang anggota

Institut jika dia mempunyai syarat yang dikehendaki oleh subseksyen 17(2), (3) atau (4).

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun boleh diterima masuk oleh Majlis sebagai seorang anggota Institut jika dia berumur kurang daripada dua puluh satu tahun atau jika pada pendapat Majlis dia bukan seorang yang layak dan wajar untuk diterima masuk sebagai seorang anggota.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu pertubuhan perbadanan adalah tidak layak untuk menjadi anggota Institut.

Suggest a correction

(5)

Seseorang yang tidak puas hati dengan keputusan Majlis di bawah subseksyen (3) boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi.

Suggest a correction

(6)

Tatacara berkenaan dengan rayuan di bawah subseksyen (5)

pada asasnya sama seperti rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan sesuatu mahkamah rendah dalam perkara sivil.

Suggest a correction

(7)

Menteri boleh dari semasa ke semasa, selepas mendapat nasihat Institut, meminda Jadual Kedua melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Gred keanggotaan

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum diterima masuk sebagai seorang Fellow, seseorang hendaklah memuaskan hati Majlis bahawa dia—

(a)

mempunyai ijazah atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia atau dalam apa-apa disiplin

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

yang khas yang dikaitkan dengan kimia daripada salah satu peperiksaan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;

Suggest a correction

(b)

mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurang dari sepuluh tahun;

Suggest a correction

(c)

telah memberi sesuatu sumbangan besar kepada kimia;

dan

Suggest a correction

(d)

telah mencapai umur tiga puluh tiga tahun atau umur yang kurang dari itu sebagaimana yang dibenarkan oleh

Majlis dalam sesuatu hal yang khas.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Sebelum diterima masuk sebagai seorang Member, seseorang hendaklah memuaskan hati Majlis bahawa dia—

(a)

mempunyai ijazah atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia atau dalam apa-apa disiplin yang khas yang dikaitkan dengan kimia daripada salah satu peperiksaan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;

Suggest a correction

(b)

mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurang daripada tiga tahun bagi ijazah atau yang setaraf dengannya atau tidak kurang daripada satu tahun bagi ijazah sarjana atau ijazah lebih tinggi atau yang setaraf dengannya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Sebelum diterima masuk sebagai seorang Licentiate, seseorang hendaklah memuaskan hati Majlis bahawa dia—

(a)

mempunyai ijazah atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia atau dalam apa-apa disiplin yang khas yang dikaitkan dengan kimia daripada salah satu peperiksaan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;

Ahli Kimia 19

Suggest a correction

(b)

mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurang daripada satu tahun bagi ijazah atau yang setaraf dengannya; dan

Suggest a correction

(c)

telah mencapai umur dua puluh satu tahun.

Pernyataan oleh mana-mana orang yang sudah mati, dsb.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang telah didaftarkan sebagai seorang Member bagi Institut boleh, selagi dia didaftarkan sedemikian, memperihalkan dirinya dengan perkataan “Member bagi Institut Kimia Malaysia”

atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasa lain dan boleh menggunakan huruf parap bagi perkataan itu di hadapan namanya.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang telah didaftarkan sebagai seorang Licentiate bagi Institut boleh, selagi dia didaftarkan sedemikian, memperihalkan dirinya dengan perkataan “Licentiate bagi Institut Kimia Malaysia”

atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasa lain dan boleh menggunakan huruf parap bagi perkataan itu di hadapan namanya.

Larangan

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(a)

membenarkan seseorang yang bukan seorang anggota menjalankan amalan atas nama anggota itu sebagai seorang ahli kimia berdaftar;

Suggest a correction

(b)

menjalankan dengan apa-apa cara amalan sebagai seorang ahli kimia berdaftar selain—

Suggest a correction

(i)

atas namanya sendiri;

(ii)

atas nama pekongsinya yang ialah ahli kimia berdaftar; atau

Suggest a correction

(iii)

atas nama sesuatu firma yang sedia ada pada tarikh yang ditetapkan atau firma yang ditubuhkan kemudian daripadanya, yang pekongsinya di Malaysia layak untuk didaftarkan di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

mengiklankan melalui apa-apa kaedah atau dengan apa-apa cara sebagai menjalankan amalan sebagai seorang ahli kimia berdaftar.

Suggest a correction

(1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan Majlis boleh menggantung keanggotaannya selama tempoh tidak melebihi satu tahun dan jika disabitkan untuk kali kedua bagi kesalahan di bawah subsekskyen

Suggest a correction

(1)

, Majlis boleh menamatkan keanggotaannya serta-merta.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

AM

Suggest a correction

Pelantikan

Jawatankuasa

Penyiasatan dan

Jawatankuasa

Tatatertib

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Pada mesyuarat pertama Majlis yang diadakan selepas mesyuarat agung pertama, dan selepas setiap mesyuarat agung

Ahli Kimia 21

tahunan Institut, Majlis hendaklah melantik Jawatankuasa yang berikut:

(a)

suatu Jawatankuasa Penyiasatan terdiri daripada tiga orang anggota Majlis, dua orang daripadanya hendaklah membentuk kuorum; dan

Suggest a correction

(b)

suatu Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada lima orang anggota

Majlis, yang bukan anggota

Jawatankuasa Penyiasatan, tiga orang daripadanya hendaklah membentuk kuorum.

Fungsi Jawatankuasa Penyiasatan dan Jawatankuasa Tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, jika difikirkannya patut, menjalankan berkenaan dengan anggota itu apa-apa kuasa tatatertib yang diberi kepadanya oleh kaedah-kaedah.

Rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tatacara yang menentukan rayuan di bawah subseksyen (1)

hendaklah pada asasnya sama seperti rayuan kepada Mahkamah

Tinggi terhadap keputusan sesuatu mahkamah rendah dalam perkara sivil.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

Pengemukaan sebagai seorang ahli kimia berdaftar dan sekatan berhubung dengan cerakinan kimia

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(a)

menjalankan amalan atau mengemukakan dirinya sebagai seorang ahli kimia berdaftar atau sebagai seseorang daripada apa-apa perihalan lain yang serupa;

Suggest a correction

(b)

mengiklankan melalui apa-apa kaedah atau dengan apa-apa cara sebagai menjalankan amalan sebagai seorang ahli kimia berdaftar; atau

Suggest a correction

(c)

menerima pakai, mengguna atau menunjukkan istilah

“ahli kimia berdaftar” atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasa lain atau apa-apa istilah lain daripada perihalan yang serupa dalam hal keadaan yang menunjukkan atau mungkin menyebabkan orang memahami bahawa dia ialah seorang ahli kimia berdaftar.

Suggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh memberi atau mengadakan atas apa-apa keupayaan penentu, atau memperakui atau mengisytiharkan secara bertulis, keputusan apa-apa cerakinan kimia bagi maksud menentukan kandungan atau spesifikasi sesuatu benda atau keluaran yang dimakan atau digunakan, atau yang dicadang untuk dimakan atau digunakan, oleh orang awam atau mana-mana golongannya, melainkan jika—

(b)

dia ialah seorang ahli farmasi berdaftar dan cerakinan kimia yang keputusannya diberi atau diadakan, atau diperakui atau diisytiharkannya secara bertulis itu adalah bagi maksud menentukan kandungan atau spesifikasi sesuatu makanan, benda atau keluaran perubatan atau farmasi termasuk alat solek dan kelengkapan dandanan diri, atau apa-apa bahagian atau komponennya;

Ahli Kimia 23

(ba) dia ialah seorang yang dibenarkan di bawah seksyen 23A bagi maksud subseksyen ini dan memberi atau mengadakan, atau memperakui atau mengisytiharkan secara bertulis keputusan cerakinan kimia bagi maksud dan dalam penjalanan pekerjaannya; atau

Suggest a correction

(c)

dia ialah seorang pekerja yang bekerja di bawah penyeliaan seorang ahli kimia berdaftar atau ahli farmasi berdaftar atau seseorang yang dibenarkan di bawah seksyen 23A dan memberi atau mengadakan, atau memperakui atau mengisytiharkan secara bertulis keputusan cerakinan kimia bagi maksud dan dalam penjalanan pekerjaannya dan, dalam hal seseorang pekerja yang bekerja di bawah penyeliaan seorang ahli farmasi berdaftar, cerakinan kimia itu ialah bagi maksud menentukan kandungan atau spesifikasi sesuatu makanan, benda atau keluaran perubatan atau farmasi termasuk alat solek dan kelengkapan dandanan diri, atau apa-apa bahagian atau komponennya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kedua dan berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kebenaran berhubung dengan cerakinan kimia

Suggest a correction

Seksyen 23A

Open as pageSuggest a correction

(a)

bahawa, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, dia—

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

Suggest a correction

(i)

mempunyai ijazah atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia atau dalam apa-apa disiplin yang khas yang dikaitkan dengan kimia daripada apa-apa peperiksaan mana-mana institusi pelajaran tinggi dalam mana-mana negeri, selain daripada peperiksaan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua; atau

(ii)

mempunyai kelulusan atau sesuatu bentuk pengiktirafan formal yang diberi oleh Kerajaan atau sesuatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan, iaitu suatu kelulusan atau pengiktirafan yang pada amnya telah diterima sebagai melayakkan penerimanya melakukan cerakinan kimia;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

bahawa, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, dia telah diambil kerja oleh seorang majikan dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankan cerakinan kimia; dan

Suggest a correction

(c)

bahawa, pada tarikh Majlis membuat keputusan mengenai permohonannya—

Suggest a correction

(i)

dia masih bekerja dengan majikan yang sama dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankan cerakinan kimia; atau

(ii)

dia bekerja dengan seorang majikan lain iaitu seorang majikan yang kepadanya dia telah memohon untuk bekerja sebelum tarikh yang ditetapkan, dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankan cerakinan kimia.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Dalam memberi kebenarannya di bawah subseksyen (1),

Majlis boleh mengenakan apa-apa sekatan atau syarat yang difikirkan patut oleh Majlis dan Majlis boleh pada bila-bila masa kemudiannya mengenakan sekatan atau syarat tambahan atau menghapuskan apa-apa sekatan atau syarat yang telahpun dikenakan.

Ahli Kimia 25

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran yang diberi kepadanya di bawah subseksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak seribu ringgit.

Suggest a correction

(4)

Majlis boleh membatalkan kebenaran yang diberi kepada seseorang di bawah subseksyen (1) jika Majlis berpuas hati, selepas memberi peluang kepada orang itu untuk didengar, bahawa orang itu tidak mematuhi sesuatu sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran itu, walaupun tiada pendakwaan yang berbangkit daripada kemungkirannya itu telah dibawa di bawah subseksyen (3) dan, jika apa-apa pendakwaan telah dibawa, walau apa pun keputusan pendakwaan itu.

Suggest a correction

(5)

Seseorang yang terkilan dengan—

(a)

keengganan Majlis memberi kepadanya kebenaran di bawah subseksyen (1);

Suggest a correction

(b)

sesuatu sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran yang diberi kepadanya; atau

Suggest a correction

(c)

pembatalan oleh Majlis di bawah subseksyen (4) tentang kebenaran yang diberi kepadanya, boleh, dalam masa empat belas hari selepas diberitahu tentang keputusan Majlis itu atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, merayu kepada Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Dalam rayuan di bawah subseksyen (5), Menteri boleh membuat apa-apa keputusan yang difikirkannya patut dan selaras dengan Akta ini; dan keputusan Menteri itu muktamad, tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan hendaklah dipatuhi oleh Majlis.

Suggest a correction

(7)

Pembatalan sesuatu kebenaran di bawah subseksyen (1) tidak boleh berkuat kuasa sehingga tempoh rayuan yang diperuntukkan

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

oleh subseksyen (5) telah habis tempoh atau, jika rayuan telah dibuat dalam tempoh tersebut, sehingga pembatalan itu disahkan oleh

Menteri atas rayuan.

Suggest a correction

(8)

Melainkan jika dibatalkan dengan sepenuhnya lebih awal di bawah subseksyen (4) dan (7), kebenaran yang diberi kepada seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa apabila orang itu tidak lagi bekerja dengan orang yang telah mengambilnya bekerja pada masa kebenaran itu diberi kepadanya.

Kecualian

Suggest a correction

Seksyen 24

Majlis—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, seseorang anggota boleh mengambil atau menggunakan nama atau gelaran “ahli kimia” atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasa lain berkenaan dengan penjualan barang-barang secara runcit.

Amalan fraud

Suggest a correction

Seksyen 25

Seseorang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

memperoleh atau cuba memperoleh pendaftaran atau sesuatu perakuan keanggotaan di bawah Akta ini dengan disedarinya membuat atau mengemukakan atau menyebabkan dibuat atau dikemukakan sesuatu perisytiharaan, perakuan, permohonan atau pernyataan palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya;

Ahli Kimia 27

Suggest a correction

(b)

secara sengaja membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pemalsuan dalam daftar;

Suggest a correction

(c)

memalsukan, mengubah atau melancung sesuatu perakuan keanggotaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

menggunakan sesuatu perakuan keanggotaan di bawah

Akta ini yang telah dipalsukan, diubah atau dilancung dengan menyedarinya sebagai telah dipalsukan, diubah atau dilancung; atau

Suggest a correction

(e)

menyamar sebagai seorang anggota Institut, atau membeli, menjual atau secara fraud memperoleh sesuatu perakuan keanggotaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan oleh firma

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu firma melakukan sesuatu perbuatan yang, jika dilakukan oleh orang sebenar, akan menjadi suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, tiap-tiap anggota firma itu hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu melainkan jika anggota itu membuktikan bahawa dia tidak tahu mengenai pelakuan kesalahan itu.

Seksyen 27

Pelantikan dan kuasa Pemeriksa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seseorang Pemeriksa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau yang berhubungan dengan sesuatu perniagaan yang dijalankan di mana-mana premis, dia boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki, menggeledah dan memeriksa premis itu dan boleh memeriksa, memindahkan dan menahan apa-apa buku, dokumen atau barang lain yang dijumpai di dalamnya yang, pada pendapatnya, boleh memberi keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang menghalang atau menggalang seseorang

Pemeriksa dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

Mendapatkan wang oleh Majlis

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa wang yang kena dibayar kepada Institut di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah boleh didapatkan oleh Majlis sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Majlis dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa.

Seksyen 29

Keberhentian Pertubuhan dan pemindahmilikan harta, hak dan tanggungan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua harta, alih atau tak alih, yang sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan itu, telah diletak hak pada atau telah dipegang oleh atau untuk Pertubuhan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan itu, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan, terletak hak atau berpindah kepada Institut dalam keadaan dan mengikut syarat dan maksud sebagaimana harta itu telah diletak hak atau dipegang sebelum sahaja dari tarikh yang ditetapkan itu; dan segala hak dan tanggungan yang, sebelum sahaja dari tarikh

Ahli Kimia 29

yang ditetapkan itu, adalah hak dan tanggungan Pertubuhan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan itu, menjadi hak dan tanggungan Institut.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[(Seksyen 9(4)]

PERUNTUKAN TAMBAHAN YANG BERHUBUNGAN

DENGAN MAJLIS

Pengerusi

1. (1) Yang Dipertua Institut hendaklah menjadi Pengerusi Majlis dan hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis yang dia hadir.

(2)

Jika Yang Dipertua tidak hadir, Naib Yang Dipertua hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu dan jika Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua tidak hadir, Majlis hendaklah memilih seorang daripada anggotanya untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Majlis pertama dan yang berikutnya

2. (1) Walau apa pun peruntukan seksyen 9, Majlis pertama, selain daripada Ketua

Pengarah Kimia, hendaklah dalam suatu mesyuarat agung yang diadakan bagi maksud ini dipilih oleh dan daripada orang yang, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan itu, adalah anggota Pertubuhan.

(2)

Pada setiap mesyuarat agung tahunan Institut yang berikutnya, empat kekosongan dalam keanggotaan Majlis, selain daripada keanggotaan Ketua

Pengarah Kimia, hendaklah diwujudkan dengan persaraan empat orang anggota secara sukarela atau, jika tidak demikian, melalui pilihan sulit, dan kekosongan yang diwujudkan itu hendaklah diisi melalui pilihan baru.

(3)

Anggota Majlis yang bersara di bawah subperenggan (2) adalah layak dipilih semula jika mereka tidak hilang kelayakan daripada memegang jawatan dalam

Majlis kerana mana-mana daripada alasan dalam subsubperenggan 3(b) hingga 3(g).

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

Apabila anggota Majlis hendaklah mengosongkan Jawatan

3. Seseorang anggota Majlis, selain daripada Ketua Pengarah Kimia, hendaklah mengosongkan jawatannya jika—

(a)

dia meletak jawatannya;

(b)

dia telah tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Pengerusi

Majlis;

(c)

dia menjadi bankrap atau tidak berkemampuan atau dia membuat sesuatu komposisi dengan mana-mana pemiutang atau mengambil peluang atau cuba mengambil peluang daripada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis untuk melikuidasikan aset atau hal ehwalnya;

(d)

dia menjadi tidak sempurna akal;

(e)

yurannya telah tertunggak selama enam bulan;

(f)

dia tidak lagi layak memegang jawatan; atau

(g)

dia disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada secara mutlak atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama tempoh dua tahun atau lebih.

Kekosongan luar jangka

4. Apa-apa kekosongan luar jangka yang berbangkit daripada keanggotaan Majlis boleh diisi oleh seseorang anggota Institut yang dipilih oleh Yang Dipertua dan anggota itu hendaklah memegang jawatan sehingga mesyuarat agung tahunan yang berikutnya.

Mesyuarat Majlis

5. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap suku tahun bagi setiap tahun pada masa dan tempat yang ditetapkan olehnya.

(2)

Sembilan orang anggota yang hadir sendiri di sesuatu mesyuarat Majlis hendaklah membentuk kuorum.

Ahli Kimia 31

(3)

Sesuatu keputusan lebih suara anggota Majlis yang hadir dan mengundi di sesuatu mesyuarat Majlis hendaklah disifatkan sebagai suatu keputusan Majlis.

(4)

Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan sesuatu mesyuarat Majlis hendaklah mempunyai undi asal dan pemutus.

(5)

Tertakluk kepada kaedah-kaedah, Majlis boleh membuat peraturan mengenai tatacaranya sendiri.

Anggota Majlis tidak dibayar saraan

6. Tiada apa-apa saraan kena dibayar kepada seseorang anggota kerana memegangjawatan.

Tahun kewangan

7. Tahun kewangan bagi Institut hendaklah berakhir pada 31hb Disember.

Mesyuarat agung

8. (1) Tertakluk kepada subperenggan (2), mesyuarat agung Institut boleh diadakan seberapa kerap yang difikirkan perlu oleh Majlis, tetapi Majlis hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung tahunan yang hendaklah diadakan di Malaysia dalam masa tiga bulan selepas berakhir tahun kewangan.

(2)

Majlis hendaklah mengadakan suatu mesyuarat agung Institut dalam masa enam minggu selepas menerima permintaan bertulis untuk berbuat demikian, yang menyatakan tujuan mesyuarat itu dan yang ditandatangani oleh tidak kurang dari dua puluh lima orang anggota Institut.

(3)

Tatacara di mesyuarat agung dan bagi penyampaian notis hendaklah mengikut kaedah-kaedah.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

(Seksyen 17)

PEPERIKSAAN KELAYAKAN

1. Peperiksaan akhir Institut.

2. Apa-apa peperiksaan di mana-mana jua atau bahagiannya yang diiktiraf oleh

Kerajaan, setelah berunding dengan Institut, sebagai setaraf dengan atau lebih tinggi daripada peperiksaan akhir Institut.

33

Akta 158

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 160

Akta Matawang Malaysia (Ringgit)

1975

29-08-1975

Akta A415

Akta Ahli Kimia (Pindaan) 1977 30-09-1977

Akta A1032

Akta Ahli Kimia (Pindaan) 1998

Belum berkuat kuasa

Akta A1493

Akta Ahli Kimia (Pindaan) 2015 01-11-2015

34

Akta 158

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1

2

Akta A415

Akta A1472

Akta A1493

30-09-1977

30-09-1977 01-11-2015 6

Akta A415

30-09-1977 7

Akta A1493

01-11-2015 9

Akta A1493

01-11-2015 11A

Akta A1032

Belum berkuat kuasa

14

Akta A1493

01-11-2015 15

Akta A1493

01-11-2015 16

Akta A415

30-09-1977 17

Akta A415

30-09-1977 01-11-2015

18

Akta A1493

01-11-2015 19

Akta A1493

01-11-2015 23

Akta A415

Akta A1493

30-09-1977 01-11-2015

Ahli Kimia 35

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

23A

Akta A415

30-09-1977 01-11-2015 25

Akta A1493

01-11-2015 27

Akta A1493

01-11-2015

Common questions

What is CHEMISTS ACT 1975?
*AKTA AHLI KIMIA 1975 is Malaysia Act, cited as Act 158 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.
Is CHEMISTS ACT 1975 still in force?
Yes — CHEMISTS ACT 1975 is currently in force.
When did CHEMISTS ACT 1975 take effect?
CHEMISTS ACT 1975 was first recorded in 1975.
How many sections does CHEMISTS ACT 1975 have?
CHEMISTS ACT 1975 contains 31 sections.
What amends CHEMISTS ACT 1975?
CHEMISTS ACT 1975 has been amended by AKTA AHLI KIMIA (PINDAAN) 2015.
Where can I read the official version of CHEMISTS ACT 1975?
The official text of CHEMISTS ACT 1975 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA AHLI KIMIA 1975 (No. 158) | mylaw.my