Chemists Act 1975 · Updated to 30 Nov 2015 · Bahagian IV · Keanggotaan Institut
Chemists Act 1975 · Updated to 30 Nov 2015 · Bahagian IV · Keanggotaan Institut
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang telah didaftarkan sebagai seorang Member bagi Institut boleh, selagi dia didaftarkan sedemikian, memperihalkan dirinya dengan perkataan “Member bagi Institut Kimia Malaysia”
atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasa lain dan boleh menggunakan huruf parap bagi perkataan itu di hadapan namanya.
Seseorang yang telah didaftarkan sebagai seorang Licentiate bagi Institut boleh, selagi dia didaftarkan sedemikian, memperihalkan dirinya dengan perkataan “Licentiate bagi Institut Kimia Malaysia”
atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasa lain dan boleh menggunakan huruf parap bagi perkataan itu di hadapan namanya.