Skip to content
In forceUpdated to 30 Nov 2015Read it in English

Bahagian IV · Keanggotaan Institut

19. Larangan

(1)

Tanpa menyentuh mana-mana peruntukan lain Akta ini atau kaedah-kaedah atau undang-undang kecil, tiada seorang pun anggota boleh—

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

(a)

membenarkan seseorang yang bukan seorang anggota menjalankan amalan atas nama anggota itu sebagai seorang ahli kimia berdaftar;

(b)

menjalankan dengan apa-apa cara amalan sebagai seorang ahli kimia berdaftar selain—

(i)

atas namanya sendiri;

(ii)

atas nama pekongsinya yang ialah ahli kimia berdaftar; atau

(iii)

atas nama sesuatu firma yang sedia ada pada tarikh yang ditetapkan atau firma yang ditubuhkan kemudian daripadanya, yang pekongsinya di Malaysia layak untuk didaftarkan di bawah Akta ini; atau

(c)

mengiklankan melalui apa-apa kaedah atau dengan apa-apa cara sebagai menjalankan amalan sebagai seorang ahli kimia berdaftar.

(2)

Seseorang anggota yang melanggar subseksyen

(1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan Majlis boleh menggantung keanggotaannya selama tempoh tidak melebihi satu tahun dan jika disabitkan untuk kali kedua bagi kesalahan di bawah subsekskyen

(1)

, Majlis boleh menamatkan keanggotaannya serta-merta.

Report

Bahagian V

Schedules