Chemists Act 1975 · Updated to 30 Nov 2015 · Bahagian IV · Keanggotaan Institut
Chemists Act 1975 · Updated to 30 Nov 2015 · Bahagian IV · Keanggotaan Institut
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pendaftar hendaklah menyenggara suatu daftar anggota yang dalamnya anggota hendaklah dikelaskan mengikut tiga gred,
Fellow, Member dan Licentiate.
Pendaftar hendaklah mengadakan daftar itu untuk pemeriksaan pada waktu yang munasabah apabila membayar fi yang ditetapkan.
Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya disiarkan dalam
Warta, sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tahun, suatu
Salinan daftar itu yang mengandungi perubahan kepada senarai keanggotaan daftar bagi anggota yang telah dikeluarkan daripada daftar, dimasukkan dalam daftar atau dinaik taraf daripada Licentiate kepada Member atau Member kepada Fellow.