/akn/my/act/act/1983/294

*AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1983
Last amended
2022
Sections
13
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 is Malaysia Act, cited as Act 294 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengenaan levi atas semua kenderaan barang-barang yang meninggalkan atau memasuki Malaysia dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. [1 Januari 1984, P.U. (B) 650/1983] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Akta ini bolehlah dinamakan

Open as pageSuggest a correction

Akta

Levi

Kenderaan

Barang-Barang 1983 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini berkenaan dengan bahagian yang berlainan dalam Malaysia.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

6

Undang-Undang Malaysia

“kenderaan barang-barang” hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah *Ordinan Lalulintas Jalan 1958 [Ord. 49 tahun 1958], Ordinan Kenderaan Jalan 1963 [Sabah Ord. 10 tahun 1963], dan Ordinan Lalulintas Jalan 1960 [Sarawak Ord. 14 tahun 1960], masing-masing di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, sama ada atau tidak ada berkuatkuasanya berkenaan dengan kenderaan barang-barang itu suatu lesen atau permit, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikeluarkan masing-masing di bawah Bahagian V, Bahagian IV dan Bahagian V Ordinan tersebut;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“pegawai kastam yang hak” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberi kepada ungkapan itu dalam Akta Kastam 1967.

Seksyen 3

Levi kenderaan barang-barang dan siapa yang kena membayarnya

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menetapkan, dari semasa ke semasa, amaun levi kenderaan barang-barang yang hendak dilevikan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

Suggest a correction

(4)

Levi kenderaan barang-barang hendaklah dibayar oleh orang yang pada masa itu memandu kenderaan barang-barang itu.

*CATATAN—Ordinan Lalulintas Jalan 1958 telah dipinda oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Act 333]

—lihat subseksyen 128(1) bagi Akta 333.

Levi Kenderaan Barang-Barang 7

Pengecualian

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa adalah adil dan wajar berbuat demikian, dalam hal mana-mana kenderaan barang-barang atau kelas kenderaan barang-barang yang tertentu, mengarahkan dibayar balik kesemua atau apa-apa bahagian levi kenderaan barang-barang yang dibayar menurut subseksyen 3(4)

dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukannya dalam arahan itu, dan, dalam mengarahkan pembayaran balik itu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Pemulangan levi kenderaan barang-barang yang terlebih bayar atau tersalah bayar

Suggest a correction

Seksyen 4A

Open as pageSuggest a correction

Adalah sah di sisi undang-undang bagi Ketua Pengarah, jika dibuktikan dengan memuaskan hatinya bahawa apa-apa wang telah terlebih bayar atau tersalah bayar sebagai levi kenderaan barang-barang di bawah Akta ini, mengarahkan supaya wang yang telah terlebih bayar atau tersalah bayar itu dibayar balik:

Dengan syarat bahawa pembayaran balik demikian tidak boleh dibenarkan melainkan suatu tuntutan berkenaan dengannya dibuat dalam masa satu tahun selepas pembayaran lebih atau pembayaran salah itu dibuat.

Seksyen 5

Kesalahan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang gagal atau enggan membayar apa-apa levi kenderaan barang-barang mengikut seksyen 3 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

8

Undang-Undang Malaysia

Seksyen 6

Beban pembuktian

Open as pageSuggest a correction

Jika apa-apa soalan yang berbangkit dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau dengan merujuk kepada apa jua yang dilakukan atau dicadang dilakukan di bawah Akta ini, sama ada sesuatu kenderaan barang-barang adalah dikecualikan atau tergolong dalam suatu kelas kenderaan barang-barang yang dikecualikan di bawah seksyen 4, beban membuktikan fakta itu terletak pada orang yang memohon pengecualian itu.

Seksyen 7

Pentadbiran dan penguatkuasaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai kastam yang hak hendaklah, sebagai tambahan kepada tugas dan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kastam 1967, mempunyai segala tugas dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan wajar akan peruntukan Akta ini, termasuk melakukan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Kuasa untuk melanjutkan tempoh

Suggest a correction

Seksyen 7A

Open as pageSuggest a correction

Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu.

Levi Kenderaan Barang-Barang 9

Seksyen 7B

Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—

(b)

tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.

Kad kuasa hendaklah ditunjukkan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Maka tidaklah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pegawai yang bertindak atau berupa bertindak di bawah

Akta ini, jika pegawai itu tidak beruniform dan enggan mengumumkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalan dirinya apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.

10

Undang-Undang Malaysia

Kewajipan mengemukakan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang gagal atau enggan mematuhi apa-apa kehendak yang disebut dalam subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya.

Peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—

(b)

tempat di mana levi kenderaan barang-barang hendak dibayar dan dikutip.

11

Akta 294

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk Ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A772

Akta Levi Kenderaan Barang-Barang

(Pindaan) 1990

11-5-1990

Akta 544

Akta Kewangan 1996

01-01-1996

Akta A1676

Akta Levi Kenderaan Barang-Barang

(Pindaan) 2022

01-01-2023

Akta 851

Akta Kewangan (No. 2) 2023 30-12-2023

12

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk Panjang

Akta 544 01-01-1996 2

Akta A772 11-05-1990

3

Akta A772

Akta 544

Akta 851 11-05-1990 01-01-1996 30-12-2023

4

Akta A772 11-05-1990

4A

Akta A772 11-05-1990

7

Akta A772 11-05-1990 7A

Akta A1676 01-01-2023 7B

Akta A1676 01-01-2023

Suggest a correction
Suggest a correction

Common questions

What is AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983?
*AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 is Malaysia Act, cited as Act 294 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Is AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 still in force?
Yes — AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 is currently in force.
When did AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 take effect?
AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 was first recorded in 1983.
How many sections does AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 have?
AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 contains 13 sections.
What amends AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983?
AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 has been amended by AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG (PINDAAN) 2022.
Where can I read the official version of AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983?
The official text of AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG 1983 (No. 294) | mylaw.my