Skip to content

Seksyen 8

Kad kuasa hendaklah ditunjukkan

of Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983

ActIn forceProvision 11 of 13
Seksyen 8
(1)

Tiap-tiap pegawai apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini hendaklah, jika tidak beruniform, apabila diminta mengumumkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu apa-apa dokumen membuktikan pengenalannya sebagaimana diarahkan oleh Ketua

Pengarah supaya dibawa bersama oleh pegawai itu.

(2)

Maka tidaklah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pegawai yang bertindak atau berupa bertindak di bawah

Akta ini, jika pegawai itu tidak beruniform dan enggan mengumumkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalan dirinya apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.

10

Undang-Undang Malaysia