Seksyen 7
Pentadbiran dan penguatkuasaan
of Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983
ActIn forceProvision 8 of 13
Seksyen 7
(1)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai pengawasan ke atas semua perkara berhubungan dengan levi kenderaan barang-barang, tertakluk pada arahan dan kawalan Menteri.
(2)
Mana-mana pegawai kastam yang hak hendaklah, sebagai tambahan kepada tugas dan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kastam 1967, mempunyai segala tugas dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan wajar akan peruntukan Akta ini, termasuk melakukan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.