Skip to content

Seksyen 3

Levi kenderaan barang-barang dan siapa yang kena membayarnya

of Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983

ActIn forceProvision 3 of 13
Seksyen 3
(1)

Tertakluk pada Akta ini maka hendaklah dikenakan dan dilevi ke atas setiap kenderaan barang-barang yang meninggalkan atau memasuki Malaysia suatu levi yang dikenali sebagai levi kenderaan barang-barang.

(2)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menetapkan, dari semasa ke semasa, amaun levi kenderaan barang-barang yang hendak dilevikan di bawah subseksyen (1).

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

(4)

Levi kenderaan barang-barang hendaklah dibayar oleh orang yang pada masa itu memandu kenderaan barang-barang itu.

*CATATAN—Ordinan Lalulintas Jalan 1958 telah dipinda oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Act 333]

—lihat subseksyen 128(1) bagi Akta 333.

Levi Kenderaan Barang-Barang 7