Skip to content

Seksyen 9

Kewajipan mengemukakan

of Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983

ActIn forceProvision 12 of 13
Seksyen 9
(1)

Orang yang pada masa itu memandu suatu kenderaan barang-barang hendaklah, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai yang disebut di bawah seksyen 7, mengemukakan apa-apa buku pendaftaran, lesen, permit atau apa-apa dokumen lain yang serupa itu yang dikeluarkan berkenaan dengan kenderaan barang-barang itu oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia atau mana-mana negara lain.

(2)

Mana-mana orang yang gagal atau enggan mematuhi apa-apa kehendak yang disebut dalam subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya.