Seksyen 4
Pengecualian
of Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983
Menteri boleh melalui perintah mengecualikan, seluruh atau sebahagiannya dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana difikirkan patut dikenakan, mana-mana kenderaan barang-barang atau kelas kenderaan barang-barang dari seksyen 3.
(2)
Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa adalah adil dan wajar berbuat demikian, dalam hal mana-mana kenderaan barang-barang atau kelas kenderaan barang-barang yang tertentu, mengarahkan dibayar balik kesemua atau apa-apa bahagian levi kenderaan barang-barang yang dibayar menurut subseksyen 3(4)
dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukannya dalam arahan itu, dan, dalam mengarahkan pembayaran balik itu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.