PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1994/522
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 is Malaysia Act, cited as Act 522 1994, currently marked in force and first recorded in 1994.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah bagi pengawalan padi dan beras;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 522
“Lembaga” ertinya Lembaga Padi dan Beras Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971
[Akta 47];
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi padi dan beras;
“padi” atau “beras” termasuklah padi atau beras dalam apa-apa bentuk, hasil sampingan padi atau beras, dan apa-apa hasil yang keseluruhannya atau sebahagian besarnya dibuat atau diperoleh daripada padi atau beras:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan padi atau beras dalam apa-apa bentuk tertentu, atau apa-apa hasil atau hasil sampingan tertentu padi atau beras, daripada kesemua atau mana-mana peruntukan
Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 6;
“pemasaran” ertinya menjual, membeli, menyimpan, mengangkut, memproses, mengilang, membersihkan, menggredkan, membungkus, mengiklan dan memajukan;
“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan 1957 [Akta 349].
Bahagian II
BAGI PENGAWALAN PADI DAN BERAS
Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah memegang jawatan selama tempoh dan tertakluk pada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Ketua Pengarah hendaklah mengadakan suatu meterai rasmi untuk pengesahan dokumen yang diperlukan bagi maksud kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini.
Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah
Kawalan Padi dan Beras 9
membuat syor kepada Kerajaan mengenai polisi yang dimaksudkan untuk menggalakkan kemajuan perusahaan padi dan beras, dan, jika diluluskan oleh Kerajaan, untuk menyelaras dan membantu pelaksanaannya.
Tertakluk pada kelulusan Menteri terlebih dahulu, Ketua
Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan menunaikan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas—
menguatkuasakan pengekalan harga beras yang berpatutan dan stabil bagi pengguna;
menetapkan harga maksimum atau minimum bagi padi atau beras;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 522
menyenggara atau menghendaki mana-mana orang menyenggara simpanan stok padi atau beras bagi maksud strategi dan penstabilan harga;
mengawal selia pemasaran padi dan beras khususnya melalui pelesenan pemborong, peruncit, pengilang beras, pengimport dan pengeksport;
mengawal selia dan mengawal amaun padi atau beras yang boleh disimpan, distor atau dimiliki oleh mana-mana orang;
mengenakan pencatuan mengenai padi atau beras dan untuk mengawal selia dan mengawal pencatuannya;
untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran semua atau mana-mana orang bagi maksud pencatuan itu dan bagi mengeluarkan kad catuan atau dokumen catuan lain, dan melantik pembanci bagi membanci orang awam atau mana-mana kumpulannya bagi maksud pencatuan;
mengambil stok padi atau beras yang dipunyai oleh mana-mana orang dan membayar pampasan yang mencukupi baginya;
mengawal selia dan mengawal pengilangan padi ke beras termasuk kadar dan kekerapan pengendalian pengilangan;
menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan perusahaan padi dan beras;
menghendaki orang yang terlibat dalam penghasilan atau pemasaran padi dan beras untuk mendaftar dan memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan olehnya;
menghendaki mana-mana orang yang berurusan dalam perusahaan padi dan beras mengemukakan laporan berhubung dengan kegiatannya.
Kawalan Padi dan Beras 11
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan kepada
Ketua Pengarah arahan yang selaras dengan peruntukan
Akta ini dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan segala arahan itu.
Bahagian III
PENGGELEDAHAN, PENYITAAN, PENANGKAPAN, DSB.
Pemberikuasaan kepada pegawai untuk menjalankan kuasa di bawah Bahagian ini
Pada menjalankan mana-mana kuasa di bawah Bahagian ini, pegawai itu hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia mengambil tindakan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Ketua Pengarah.
Kuasa untuk mendapatkan maklumat
memberi kepadanya atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan dalam rekuisisi itu dengan terbitan berkala atau penyata lain atau maklumat yang lengkap dan tepat berkenaan dengan padi atau beras menunjukkan semua atau mana-mana butir yang berikut:
kuantiti padi atau beras dalam milikannya atau milikan mereka atau di bawah kawalannya atau kawalan mereka;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 522
harga yang dikenakan atau diterima olehnya atau oleh mereka bagi padi atau beras;
apa-apa maklumat lain yang disifatkan oleh pegawai diberi kuasa perlu diminta berkenaan dengannya;
mengemukakan untuk diperiksa apa-apa buku atau dokumen yang berhubungan dengan padi atau beras dalam milikannya atau milikan mereka atau di bawah kawalannya atau kawalan mereka;
mendaftarkan nama dan alamatnya atau nama-nama dan alamat-alamat mereka dan butir-butir lain dan mengikut cara yang ditentukan oleh pegawai diberi kuasa; dan
menyenggara rekod dan membuat penyata mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai diberi kuasa yang berhubungan dengan pengambilan, pelupusan, perletakan, penarikan balik, penghasilan, perawatan, pengagihan, pemakaian dan penggunaan padi atau beras.
Jika seseorang yang kepadanya suatu permintaan telah dibuat di bawah subseksyen (1) gagal mematuhi permintaan itu dalam masa yang dinyatakan dalam permintaan itu atau, jika tiada masa dinyatakan, gagal mematuhinya dalam masa yang munasabah, dia melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Jika apa-apa maklumat dikehendaki diberi menurut subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengemukakan kepada mana-mana orang apa-apa soalan sama ada secara lisan atau bertulis atau boleh menghendaki mana-mana orang mengemukakan apa-apa buku atau dokumen yang difikirkan oleh pegawai diberi kuasa itu perlu bagi maksud mendapatkan maklumat, dan mana-mana orang yang enggan menjawab atau dengan diketahuinya memberi jawapan yang palsu kepada soalan itu atau enggan mengemukakan buku atau dokumen itu, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Kawalan Padi dan Beras 13
Kuasa untuk memasuki premis
bagi maksud menguji ketepatan sesuatu rekod yang disimpan atau sesuatu penyata yang dibuat atau maklumat yang diberi kepada seseorang pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 7; atau
bagi maksud mendapatkan maklumat, boleh—
(aa) masuk pada bila-bila masa yang munasabah mana-mana tanah, rumah, bangunan atau tempat lain yang dimiliki atau diduduki oleh mana-mana orang; dan
(bb) menjalankan apa-apa penyiasatan dan pemeriksaan
(termasuk penyiasatan dan pemeriksaan buku)
sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Jika, hasil daripada apa-apa penyiasatan dan pemeriksaan yang dibuat di bawah subseksyen (1), terdapat perselisihan antara kuantiti atau kualiti padi atau beras yang dijumpai itu dengan mana-mana rekod atau penyata yang dikehendaki disimpan atau dibuat atau apa-apa maklumat yang diberi mengenai padi atau beras itu, orang yang dikehendaki menyimpan rekod atau membuat penyata atau memberi maklumat itu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Kuasa menyiasat
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, berhubung dengan penyiasatan berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] bagi kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan olehnya.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 522
Apabila selesai penyiasatannya, pegawai diberi kuasa hendaklah dengan serta-merta memberikan semua maklumat yang berhubungan dengan perlakuan kesalahan itu kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi suatu balai polis dan seseorang pegawai polis boleh, dengan waran, menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa boleh melaporkan ketidakhadirannya kepada seorang Majistret yang akan mengeluarkan saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah yang disebut terdahulu.
Pemeriksaan orang yang mengetahui kes
Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin berkecenderungan mendedahkannya kepada pendakwaan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya untuk menjawab soalan itu.
Kawalan Padi dan Beras 15
Pegawai diberi kuasa yang mendapat maklumat daripada seseorang hendaklah pertamanya memberitahu orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Suatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangan oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas ia dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia telah membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Pendakwaan
Pendakwaan berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah.
Penyitaan padi atau beras atau apa-apa benda berkaitan dengan sesuatu kesalahan
Jika pegawai diberi kuasa atau pegawai polis berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah, apa-apa padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang digunakan untuk melakukan atau dimaksudkan untuk digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berkemungkinan dipindahkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki mana-mana tanah, rumah, atau bangunan tanpa waran dan menyita atau mengelak apa-apa padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang terdapat di dalamnya.
Menjadi suatu kesalahan bagi seseorang tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak atau memindahkan mana-mana padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain atau cuba berbuat sedemikian.
Semua padi dan beras yang berkenaan dengannya telah, atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah, berlaku suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau pelanggaran mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau apa-apa sekatan atau syarat yang tertakluk padanya atau yang berdasarkannya suatu lesen atau permit telah diberi, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, kenderaan, vesel atau artikel lain, yang di dalamnya padi dan beras itu telah dijumpai atau yang telah digunakan berkaitan dengan kesalahan atau pelanggaran itu, dan apa-apa buku atau dokumen yang semunasabahnya dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu, boleh disita oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai polis di mana-mana tempat sama ada di darat atau di perairan wilayah.
Semua padi dan beras itu dan bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain hendaklah, dengan seberapa segera yang sesuai, diserahkan ke dalam jagaan seseorang pegawai diberi kuasa yang tugasnya adalah untuk menerima padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu.
Kawalan Padi dan Beras 17
Seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang membuat apa-apa penyitaan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan alasan bagi penyitaan itu dan, dengan serta-merta atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan suatu salinan yang ditandatangani olehnya kepada pesalah atau pemunya, atau ejen atau pekhidmatnya yang berada di premis itu dan jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai tersebut hendaklah, di mana-mana jua mungkin, menampalkan suatu senarai barang yang disita di premis itu.
Dalam seksyen ini, “perairan wilayah” ertinya “laut wilayah”
dan hendaklah ditafsirkan tertakluk pada peruntukan *Akta Laut
Wilayah 2012 [Akta 750].
Kuasa untuk menahan dan menggeledah kenderaan
Akta 522
Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan yang diperiksa di bawah peruntukan subseksyen (1) hendaklah atas permintaan pegawai diberi kuasa atau pegawai polis membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa oleh pegawai itu dan mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan pemeriksaan itu dibuat sebagaimana yang difikirkannya perlu oleh pegawai itu.
*CATATAN—Apa-apa sebutan yang dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis, perkiraan atau surat cara yang lain mengenai “perairan wilayah” hendaklah setakat yang sebutan itu menyentuh undang-undang persekutuan bererti “laut wilayah” dan hendaklah ditafsirkan tertakluk kepada peruntukan Akta ini—lihat seksyen 6 Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750].
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 522
Benda yang disita yang berkenaan dengannya tiada pendakwaan
Notis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengandungi perihalan padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang disita dan hendaklah menghendaki seseorang yang mempunyai apa-apa tuntutan terhadapnya untuk memberikan notis bertulis mengenai tuntutannya, dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis sebelum habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis itu.
Notis itu hendaklah disiarkan—
di Pejabat Tanah, di daerah yang padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu telah disita; dan
di pejabat pegawai diberi kuasa di Negeri yang padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu telah disita; dan
jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa penyiaran dalam suatu akhbar adalah perlu, dalam akhbar yang diedarkan di Negeri yang padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu telah disita, sebagaimana Ketua Pengarah fikirkan patut.
Kawalan Padi dan Beras 19
Seseorang yang menuntut bahawa dia adalah pemunya apa-apa padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang disita di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya (yang disebutkan sebagai “pihak menuntut” dalam seksyen ini) dan apa-apa yang disita itu tidak boleh dilucuthakkan, bolehlah dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada seseorang pegawai diberi kuasa bahawa dia menuntut apa-apa yang disita itu.
Apabila pegawai diberi kuasa menerima notis itu, dia hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu dilepaskan kepada pihak menuntut jika dia berpuas hati bahawa pihak menuntut adalah pemunya yang sah benda itu.
Jika Ketua Pengarah tidak berpuas hati bahawa pihak menuntut adalah pemunya yang sah padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang disita di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengarahkan pegawai diberi kuasa itu merujukkan tuntutan itu kepada seorang Majistret Kelas Pertama.
Apabila sesuatu tuntutan dirujukkan kepada seseorang
Majistret Kelas Pertama di bawah subseksyen (6), Majistret itu hendaklah mengeluarkan saman menghendaki pihak menuntut dan orang yang daripadanya padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu disita, jika dia bukan pihak menuntut, hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar hadir, setelah dibuktikan bahawa saman telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila terbukti bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa padi atau beras itu adalah hal perkara kesalahan, atau bahawa bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, boleh memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan atau hendaklah jika tiada bukti sedemikian, mengarahkan supaya ia dilepaskan kepada orang yang pada pendapat Majistret itu adalah pemunya yang sah benda itu.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 522
Dalam apa-apa prosiding di bawah subseksyen (7), beban adalah atas pihak menuntut dan atas orang yang daripadanya padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu disita, jika dia bukan pihak menuntut, untuk membuktikan bahawa padi atau beras itu bukanlah hal perkara kesalahan itu atau bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu tidak digunakan dalam melakukan kesalahan itu.
Jika pada pendapat Majistret pihak menuntut bukanlah pemunya yang sah padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang disita atau jika terdapat lebih daripada seorang pihak menuntut, tiada sesiapa di antara pihak menuntut itu pemunya yang sah padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang disita, dia hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan.
Pelepasan atau pelupusan padi, beras, dsb.
melepaskan bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai polis berhak kepadanya, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu, dan tertakluk, dalam apa-apa jua hal, pada pemberian jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu bahawa bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu apabila tuntutan dibuat oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai polis dan terma dan syarat tersebut, jika ada, akan dipatuhi;
Kawalan Padi dan Beras 21
melepaskan padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai polis berhak kepadanya, dengan kebebasan kepada orang yang kepadanya ia dilepaskan untuk melupuskannya, tertakluk pada terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu, dan tertakluk, dalam apa-apa jua hal, pada pemberian jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu dalam amaun yang tidak kurang daripada amaun yang pada pendapat pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu menunjukkan—
nilai pasaran terbuka padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu pada tarikh ia dilepaskan sedemikian;
cukai yang kena dibayar berkenaan dengannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, jika ada, bagi bayaran amaun yang dijamin sedemikian kepada Ketua Pengarah sekiranya
Mahkamah membuat perintah melucuthakkan amaun itu di bawah Akta ini; atau
menjual atau memusnahkan, sebagaimana yang sesuai dalam hal keadaan itu, padi, beras, bekas, bungkusan atau artikel lain, yang pada pendapat pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu, adalah jenis yang mudah musnah atau mungkin cepat merosot mutu atau nilainya, dan jika ia dijual sedemikian, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu hendaklah memegang hasil jualan itu sementara menunggu keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 522
Mana-mana orang yang—
gagal menyerahkan kepada seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, apabila dituntut apa-apa bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang telah dilepaskan kepadanya di bawah perenggan (1)(a); atau
gagal mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a) atau (b)
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (2)
hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang ditanggung oleh orang tersebut atau mana-mana orang lain di bawah terma dan syarat yang berhubungan dengan pelepasan apa-apa bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain di bawah perenggan (1)(a) atau apa-apa padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain di bawah perenggan (1)(b).
Bahagian IV
Larangan atas penyembunyian atau pemusnahan padi atau beras
Seseorang yang menyembunyikan atau memusnahkan padi atau beras bagi maksud hendak menahan padi atau beras dari pasaran adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Kesalahan kerana enggan menjual beras
dengan salah menafikan yang dia ada beras dalam milikannya; atau
Kawalan Padi dan Beras 23
enggan, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah, menjual beras dalam kuantiti yang munasabah mengikut perjalanan biasa perniagaan, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu pembelaan yang baik terhadap sesuatu pertuduhan di bawah perenggan (b) bahawa orang yang dituduh itu mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa pembeli itu telah tidak dapat atau tidak mahu membuat pembayaran segera harga beras itu secara tunai.
Pekhidmat atau ejen seseorang yang dilesenkan di bawah
Akta ini untuk menjual beras hendaklah disifatkan ada dalam milikannya suatu stok padi jika apa-apa beras disimpan atau distorkan dalam premis di mana dia bekerja atau dalam premis di mana beras boleh distorkan menurut terma lesen itu dan jika dia menjual beras itu bagi pihak majikannya dalam perjalanan biasa pekerjaannya.
Syarat yang menyalahi undang-undang
Seseorang yang, dalam menjual padi atau beras, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah, mengenakan syarat penjualan lain daripada syarat penjualan yang—
menghendaki sesuatu deposit berkenaan dengan penjualan padi atau beras itu, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 522
Memiliki padi atau beras dengan menyalahi undang-undang
Seseorang yang ada dalam milikan atau kawalannya apa-apa padi atau beras dalam hal keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan atau berniat hendak dilakukan olehnya berhubung dengan padi atau beras itu, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini melainkan dia memuaskan hati Mahkamah bahawa kesalahan itu tidak dilakukan olehnya dan dia tidak berniat untuk melakukannya.
Kesalahan menghalang
Seseorang yang menghalang atau menggalang Ketua Pengarah, mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang dengan sah menjalankan apa-apa kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah bersalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti am
Sesuatu pertubuhan perbadanan yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah, atau yang gagal mematuhi, mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Kawalan Padi dan Beras 25
Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan adalah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduhkan bersesama dalam pembicaraan yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan itu, tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.
Seseorang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.
Beban pembuktian
Dalam sesuatu pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, pengemukaan oleh orang yang menjalankan pendakwaan suatu invois asal atau invois pendua yang dibuktikan dijumpai dalam milikan penjual hendaklah, jika diminta oleh orang yang menjalankan pendakwaan itu, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai sesuatu penjualan oleh penjual dan mengenai fakta yang dinyatakan dalam invois asal atau invois pendua itu dan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang yang berlawanan yang berkuat kuasa pada masa itu, beban membuktikan bahawa penjualan itu tidak berlaku atau bahawa apa-apa fakta yang dinyatakan dalam invois asal atau invois pendua itu bukanlah seperti apa yang dinyatakannya itu, adalah terletak pada yang tertuduh.
Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui
Akta 522
Jika sesuatu buku atau dokumen menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang, mana-mana pemberi maklumat ada dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membolehkan dirinya diketahui, Mahkamah hendaklah memastikan semua catatan itu dilindungi daripada dilihat atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Jika dalam perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya
Mahkamah berpendapat, setelah kes itu disiasat dengan lengkap, bahawa pemberi maklumat itu telah dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia ketahui atau mempercayai adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar, atau jika keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa diketahui pemberi maklumat itu, Mahkamah boleh menghendaki dikemukakan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.
Kawalan Padi dan Beras 27
Benda yang disita yang berkenaan dengannya ada pendakwaan
apa-apa padi atau beras yang berkenaan dengannya kesalahan telah dilakukan yang disita oleh, atau selainnya telah berada dalam milikan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis, atau apa-apa bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang digunakan dalam melakukan kesalahan atau yang dimaksudkan hendak digunakan bagi melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; atau
amaun yang dijamin di bawah perenggan 16(1)(a) jika bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang dilepaskan itu tidak diserahkan apabila diminta berbuat demikian, atau amaun yang dijamin di bawah perenggan 16(1)(b), atau amaun yang dihasilkan oleh jualan di bawah perenggan 16(l)(c).
Jika tiada perintah pelucuthakan dibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut bagi pelupusan padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a), dan amaun, jika ada, yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b).
Kesan pelucuthakan
Apa-apa padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang diperintahkan atau disifatkan telah dilucuthakkan di bawah Akta ini, hendaklah diserahkan kepada seorang pegawai diberi kuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 522
Bidang kuasa Mahkamah
Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92], seseorang Majistret Kelas Pertama di Semenanjung
Malaysia atau di Negeri Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dan untuk mengaward hukuman penuh bagi kesalahan itu.
Perlindungan orang yang diberi kuasa
Tiada apa-apa prosiding boleh dimulakan di bawah Akta ini terhadap mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah yang dengan diketahuinya melakukan atau meninggalkan dari melakukan apa-apa perbuatan yang jika tidak kerana peruntukan seksyen ini, akan menjadi suatu kesalahan:
Dengan syarat bahawa dia telah melakukan atau meninggalkan dari melakukan perbuatan itu dengan niat untuk mendapatkan bukti bagi maksud mendakwa penjual bagi sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Pengkompaunan kesalahan 28a. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan boleh kompaun; dan
Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa
Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang
Kawalan Padi dan Beras 29
yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan.
Jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran atau tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
apa-apa dokumen atau barang yang telah disita yang berkait dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh
Ketua Pengarah, tertakluk pada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Bahagian V
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada peruntukan Akta ini, dan tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh—
menetapkan fungsi, kewajipan dan kuasa Ketua Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa;
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 522
menetapkan tanda atau label yang akan dicapkan atau dilekatkan oleh peruncit pada bekas padi atau beras untuk menunjukkan kualiti, gred atau harga padi atau beras itu;
membuat peruntukan yang berhubungan dengan pelesenan pemborong, peruncit, pengilang padi, pengimport dan pengeksport dan menetapkan fi untuk dibayar bagi lesen yang dikehendaki di bawah Akta ini;
menetapkan apa-apa fi atau caj lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini;
menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan peruntukan mana-mana peraturan sebagai suatu kesalahan; dan
menetapkan apa-apa hal lain secara amnya untuk memberikan kuat kuasa kepada peruntukan Akta ini.
Kerahsiaan dan penalti
Seseorang yang dengan diketahuinya melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Ketidakpakaian undang-undang tertentu berkenaan dengan padi dan beras
Walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang berlawanan,
*Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] dan
Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] tidak terpakai bagi padi dan beras.
*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Kawalan Harga 1946 [Akta 121] yang berkuat kuasa pada 1 April 2011—lihat subseksyen 63(1) Akta 723.
Kawalan Padi dan Beras 31
Bahagian VI
KECUALIAN, DSB.
Peruntukan pemansuhan, peralihan dan kecualian
Walau apa pun subseksyen (1), apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya atau mengikut Akta yang dimansuhkan itu hendaklah, setakat mana ia tidak berlawanan dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dipinda, dibatal atau digantikan oleh peraturan-peraturan baharu yang dibuat di bawah Akta ini.
Kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—
menyentuh keesahan apa-apa lesen, permit atau kuasa yang diberi atau dikeluarkan di bawah Akta Lembaga
Padi dan Beras Negara 1971; atau
menyentuh apa-apa hak, hakmilik, kepentingan, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan.
Pindah hakmilik tanah
Apa-apa tanah, hak dan kepentingan mengenai tanah, yang sebelum pembubaran Lembaga, yang terletak hak atau dipegang oleh Lembaga hendaklah pada pembubaran itu diletak hak atau dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud
Kerajaan tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pindah hakmilik.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 522
Akta 522
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1659
Akta Kawalan Padi dan Beras
(Pindaan) 2022 30-03-2023
Kawalan Padi dan Beras 33
Akta 522
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Akta A1659 30-03-2023 28a
Akta A1659 30-03-2023