/akn/my/act/act/1997/570

*AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1997
Sections
11
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 570 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan harta, hak dan liabiliti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan pada suatu syarikat; untuk membuat perkiraan kewangan bagi syarikat itu; untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan kakitangan Lembaga; untuk membubarkan Lembaga dan untuk memansuhkan Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Pemerbadanan) 1966; dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 September 1997, P.U. (B) 332/1997] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pemulihan dan

Open as pageSuggest a correction

Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997.

6 Undang-undang Malaysia AKTA 570

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;

“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada dari segi ekuiti atau di sisi undang-undang dalam, pada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;

“Lembaga” ertinya Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah

Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Pemerbadanan) 1966 [Akta 398];

“liabiliti” ertinya segala jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan (sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau hendaklah dipatuhi atau dilaksanakan di

Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan luar bandar;

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];

“syarikat pengganti” ertinya syarikat berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 3(1), yang kepadanya harta, hak dan liabiliti Lembaga dipindahkan atau diletakhakkan di bawah subseksyen itu:

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 3(1);

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan 7

Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)

“terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak kepada harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan lebihan.

Bahagian II

BAHAGIAN II

PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT

Suggest a correction

PENGGANTI

Peletakhakan

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri hendaklah menamakan syarikat pengganti dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen

Suggest a correction

(1)

pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat itu dengan hakmilik atau kepentingan yang serupa sebagaimana harta itu telah terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan.

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau bagi Lembaga untuk memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam

8 Undang-undang Malaysia AKTA 570

tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau

Lembaga untuk memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(6)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Lembaga yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti.

Suggest a correction

(7)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat pengganti itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan atau mana-mana pihak ketiga.

Suggest a correction

(8)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Lembaga menjadi suatu pihak sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Lembaga, hendaklah mempunyai kesan seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja itu.

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan 9

Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)

Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(b)

kepada mana-mana orang yang berhak kepada penerbitan sekuriti itu berikutan dengan penguntukan permulaan sekuriti itu kepada Perbadanan.

Suggest a correction

(2)

Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah—

(a)

diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri

Kewangan;

Suggest a correction

(b)

mempunyai nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri Kewangan;

Suggest a correction

(c)

diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 965 [Akta 125] seolah-olah ia telah dibayar oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri Kewangan boleh melupuskan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau mana-mana hak mengenai sekuriti yang diuntukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

10 Undang-undang Malaysia AKTA 570

Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti; atau

Suggest a correction

(b)

hak untuk memohon beli mana-mana sekuriti sedemikian.

Suggest a correction

(2)

Menteri Kewangan boleh melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berikutan dengan peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta

Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61].

Suggest a correction

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Suggest a correction

(5)

Duti setem tidaklah boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang—

(a)

dilaksanakan dengan penerbitan syer yang diuntukkan pada masa syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh

Kerajaan; dan

Suggest a correction

(b)

diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan dengan penerbitan syer yang dimohon beli oleh Menteri

Kewangan di bawah perenggan (1)(b).

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan 11

Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)

Penjalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Kewangan boleh, pada bila-bila masa, memperoleh—

Open as pageSuggest a correction

(a)

sekuriti syarikat pengganti boleh diserahhakkan di bawah seksyen 4 kepada mana-mana penama Menteri Kewangan yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana-mana orang yang berhak kepada penerbitan sekuriti itu berikutan dengan penguntukan permulaan sekuriti itu kepada mana-mana penama itu; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana penama itu yang dilantik bagi maksud seksyen 5 boleh memperoleh sekuriti atau hak mengikut seksyen itu.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang memegang mana-mana sekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewangan menurut kuasa subseksyen

Suggest a correction

(1)

hendaklah memegang dan menguruskannya atas apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri

Kewangan.

Struktur kewangan syarikat pengganti

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Rizab statutori hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer belum terbit syarikat itu yang hendak

12 Undang-undang Malaysia AKTA 570

diuntukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti—

(a)

peletakhakan yang dikuatkuasakan menurut kuasa seksyen 3

hendaklah dikira sebagai suatu peletakhakan segala harta, hak dan liabiliti yang kepadanya Lembaga berhak dan tertakluk sebaik sebelum penghujung tahun perakaunan genap terakhir Lembaga, yang berakhir sebelum tarikh peletakhakan dan akan dikuatkuasakan kepada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan itu; dan

Suggest a correction

(b)

nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti Lembaga, yang dikira sebagai telah terletak hak pada syarikat pengganti itu menurut kuasa seksyen 3

hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan oleh

Lembaga, berkenaan dengan tahun perakaunan genap terakhir

Lembaga, yang berakhir sebelum tarikh peletakhakan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh Lembaga, sama ada dengan cara memperoleh, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau melakukan, menilai semula atau melepaskan mana-mana liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun pada apa-apa peruntukan rizab atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.

Suggest a correction

(5)

Tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan subseksyen

Suggest a correction

(4)

, amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan keuntungan terhasil terkumpulnya hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan 13

Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)

keuntungan yang dihasilkan dan disimpan oleh Lembaga telah dihasilkan dan disimpan oleh syarikat pengganti.

Suggest a correction

(6)

Sebutan dalam seksyen ini tentang akaun statutori syarikat pengganti ialah sebutan tentang apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan Akta

Syarikat 1965 [Akta 125].

Suggest a correction

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “tahun perakaunan genap” ertinya sesuatu tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN

Suggest a correction

Kakitangan

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang yang telah membuat pilihan di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil kerja oleh syarikat pengganti itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh peletakhakan.

14 Undang-undang Malaysia AKTA 570

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PEMBUBARAN DAN PEMANSUHAN, PENERUSAN

Suggest a correction

UNDANG-UNDANG, DSB.

Kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh pembubaran

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pada tarikh pembubaran, Lembaga hendaklah menjadi bubar dan Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara

(Pemerbadanan) 1966 [Akta 398] (kemudian daripada ini disebut

“Akta Pemerbadanan”) hendaklah dimansuhkan.

Penerusan undang-undang, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis tentang Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang syarikat pengganti dan ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Suggest a correction

(3)

Apabila Lembaga dibubarkan, segala kuasa dan kewajipan

Lembaga di bawah subseksyen 6(1) Akta Pemerbadanan itu hendaklah turun kepada syarikat pengganti.

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan 15

Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), apa-apa ubah suaian yang dinyatakan dalam subseksyen 6(2) Akta Pemerbadanan itu hendaklah terpakai kepada syarikat pengganti dan apa-apa sebutan tentang

Lembaga dalam subseksyen itu, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang syarikat pengganti dan Diperbadankan ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan, dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

_________________________

16

Akta 570

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

17

Akta 570

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997?
*AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 570 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.
Is AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997 still in force?
Yes — AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997 is currently in force.
When did AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997 take effect?
AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997 was first recorded in 1997.
How many sections does AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997 have?
AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997 contains 11 sections.
Where can I read the official version of AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997?
The official text of AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEMBAGA PEMULIHAN DAN PENYATUAN TANAH NEGARA (PENGGANTIAN DAN PEMBUBARAN) 1997 (No. 570)