/akn/my/act/act/2018/803

AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2018
Sections
16
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018 is Malaysia Act, cited as Act 803 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta yang memperkatakan tentang berita tidak benar dan perkara yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“berita tidak benar” termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 803

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Sesyen;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang;

“penerbitan” termasuklah—

(a)

apa-apa penerbitan bertulis atau penerbitan yang sifatnya serupa dengan apa-apa penerbitan bertulis, dan tiap-tiap salinan dan penghasilan semula atau penghasilan semula substansial penerbitan itu; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa penerbitan yang dihasilkan secara digital, elektronik, magnetik atau mekanikal, dan replikasi atau replikasi substansial penerbitan itu.

Pemakaian luar wilayah

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai jika, bagi kesalahan yang berkenaan, berita tidak benar itu adalah mengenai Malaysia atau orang yang disentuh oleh pelakuan kesalahan itu ialah warganegara Malaysia.

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

KESALAHAN-KESALAHAN

Suggest a correction

Mengadakan, menawarkan, menerbitkan, dsb., berita tidak benar atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang disentuh oleh pelakuan kesalahan itu mengikut cara yang ditentukan oleh

Mahkamah.

Suggest a correction

(3)

Ketidakpatuhan terhadap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) bolehlah dihukum sebagai penghinaan mahkamah.

MISALAN

(a)

A menawarkan maklumat palsu kepada B, agar B menerbitkan maklumat itu dalam blog B. B, tanpa mengetahui bahawa maklumat yang ditawarkan oleh A adalah palsu, menerbitkan maklumat itu dalam blognya. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

B tidak bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(b)

A mengada-adakan suatu maklumat dengan menyatakan dalam artikel yang diterbitkan dalam blognya bahawa Z, seorang usahawan terkenal telah mendapat kontrak perniagaan dengan menawarkan rasuah.

A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(c)

A mengada-adakan suatu maklumat dengan menyatakan dalam artikel yang diterbitkan dalam blognya bahawa Z, seorang usahawan terkenal telah mendapat kontrak perniagaan dengan menawarkan rasuah. B, tahu bahawa maklumat itu telah diada-adakan berkongsi artikel itu dalam akaun media sosialnya. Kedua-dua A dan B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(d)

A menerbitkan suatu iklan yang mengandungi karikatur Z yang menampilkan Z sebagai pelabur berjaya dalam suatu skim pelaburan dengan mengetahui bahawa Z tidak terlibat dalam skim pelaburan itu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(e)

A menerbitkan suatu pernyataan dalam akaun media sosialnya bahawa produk makanan syarikat Z mengandungi ramuan berbahaya dan dijual kepada orang awam dengan mengetahui bahawa pengeluaran produk makanan itu telah diberhentikan beberapa tahun dahulu dan produk makanan itu tidak lagi dijual kepada orang awam. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 803

Suggest a correction

(f)

A mengadakan suatu laman sesawang yang meniru laman sesawang suatu agensi Kerajaan. Dalam laman sesawang itu, A menerbitkan garis panduan yang berupa dikeluarkan oleh ketua agensi Kerajaan itu yang menghendaki orang awam memohon lesen untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Tiada garis panduan sedemikian dikeluarkan oleh agensi Kerajaan itu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(g)

A memberikan ucapan dalam suatu forum umum yang diadakan di suatu tempat awam. Dalam ucapannya, A memaklumkan bahawa Z telah menyalahgunakan wang yang dikutip untuk tujuan amal dengan mengetahui bahawa maklumat itu palsu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(h)

A mengadakan suatu sidang akhbar dengan mendakwa bahawa Z, seorang pemilik pasar raya, akan memberikan hadiah percuma kepada satu ratus pelanggan pertama pasar rayanya pada tiap-tiap hari Sabtu pertama setiap bulan dengan mengetahui bahawa Z tidak berhasrat berbuat seperti yang didakwa oleh A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

Menyediakan bantuan kewangan bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan kesalahan di bawah seksyen 4

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang secara langsung atau tidak langsung, menyediakan atau menjadikan tersedia bantuan kewangan dengan niat supaya bantuan itu digunakan, atau mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa bantuan itu akan digunakan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan kesalahan di bawah seksyen 4, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Tidak melaksanakan kewajipan untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang tidak melaksanakan kewajipan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

PERINTAH BAGI PENGHAPUSAN PENERBITAN YANG

Suggest a correction

MENGANDUNGI BERITA TIDAK BENAR

Mahkamah boleh memerintahkan penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan laporan polis dan dokumen lain yang menyokong permohonan itu.

Suggest a correction

(3)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (2)

dan selepas menimbangkan permohonan itu atau apa-apa keterangan lain, jika Mahkamah berpuas hati bahawa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu sepatutnya dihapuskan,

Mahkamah boleh membuat suatu perintah dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual Kedua bagi penghapusan penerbitan itu.

Suggest a correction

(4)

Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

orang yang dikehendaki untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu;

Suggest a correction

(b)

cara bagi penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 803

Suggest a correction

(c)

masa yang dalamnya penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu hendaklah dihapuskan selepas penyampaian perintah itu; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat jika perintah itu disampaikan melalui penyampaian ke diri, dihantar melalui pos ke alamat terakhir yang diketahui orang itu, atau disampaikan dengan cara elektronik kepada orang itu.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Huraian—Penyampaian sesuatu perintah di bawah seksyen ini dengan cara elektronik kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat boleh dilakukan, antara lain, dengan menghantar perintah itu ke alamat e-mel atau ke akaun media sosialnya.

Pengetepian perintah bagi penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan pengetepian di bawah subseksyen (1) tidak terjumlah kepada suatu penangguhan perintah bagi penghapusan di bawah seksyen 7.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu perintah di bawah seksyen 7 diperoleh oleh Kerajaan yang berhubungan dengan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar yang menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan ketenteraman awam atau keselamatan negara, tiada permohonan boleh dibuat untuk mengetepikan perintah itu oleh orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.

Antiberita Tidak Benar 11

Mahkamah boleh memerintahkan penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar oleh pegawai polis atau pegawai diberi kuasa di bawah Akta Komunikasi dan

Multimedia 1998

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan laporan polis dan dokumen lain yang menyokong permohonan itu.

Suggest a correction

(3)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (2)

dan selepas menimbangkan permohonan itu atau apa-apa keterangan lain, jika Mahkamah berpuas hati bahawa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu sepatutnya dihapuskan,

Mahkamah boleh membuat suatu perintah dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual Kedua yang menghendaki pegawai polis atau pegawai diberi kuasa di bawah Akta Komunikasi dan

Multimedia 1998 untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menguatkuasakan perintah itu.

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini hendaklah, jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan berbangkit daripada persubahatan itu, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 803

Seksyen 11

Pemulaan pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya.

Seksyen 12

Kesalahan boleh tangkap

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini adalah kesalahan boleh tangkap.

Seksyen 13

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau

(ii)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Antiberita Tidak Benar 13

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang boleh, di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, orang itu boleh dikenakan hukuman yang sama bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja kepada ejen orang itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;

Suggest a correction

(b)

oleh ejen orang itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

Suggest a correction

(c)

oleh pekerja ejen orang itu dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

Kuasa untuk meminda Jadual

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama dan Kedua.

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

PERMOHONAN BAGI PERINTAH PENGHAPUSAN PENERBITAN

YANG MENGANDUNGI BERITA TIDAK BENAR

[Subseksyen 7(2) dan 9(2)]

DALAM MAHKAMAH SESYEN

DI

DI DALAM NEGERI

NO KES:

Nama pemohon:

No. Kad Pengenalan/Pasport/Pendaftaran Syarikat*:

Alamat:

*Potong yang tidak berkenaan

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 803

Permohonan (Sila rujuk Arahan kepada Pemohon):

Bagi menyokong permohonan ini, saya mengesahkan bahawa—

(Sila rujuk Arahan kepada Pemohon)

Ditandatangani oleh

)

Bertarikh hari bulan 20

)

Di

)

Di hadapan saya

Pesuruhjaya Sumpah

Saya dengan rendah hati memohon kepada Mahkamah yang Mulia supaya perintah penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar diberikan.

Bertarikh hari bulan 20

Tarikh pendengaran:

Masa:

(a.m./p.m.)

Di:

Bertarikh hari bulan 20

(Meterai)

Pendaftar

Antiberita Tidak Benar 15

Arahan kepada Pemohon:

1. Bagi maksud permohonan ini, dokumen yang berikut hendaklah dilampirkan bersama-sama ini:

(a)

laporan polis; dan

(b)

salinan terperaku dokumen yang membuktikan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar; atau

(c)

dokumen terperaku lain atau bukti lain yang menyokong permohonan ini.

2. Pemohon mesti menyatakan penerbitan spesifik yang mengandungi berita tidak benar yang hendak dihapuskan.

3. Pemohon mesti menyatakan dan mengesahkan asas atau alasan untuk membuat permohonan ini. Pengesahan ini termasuk butir-butir yang berhubungan dengan—

(a)

identiti pemohon;

(b)

hal perkara yang dikatakan sebagai berita tidak benar;

(c)

identiti orang yang membuat penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu;

(d)

cara penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu dibuat; dan

(e)

cara pemohon itu disentuh.

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

PERINTAH PENGHAPUSAN PENERBITAN YANG MENGANDUNGI

BERITA TIDAK BENAR

[Subseksyen 7(3) dan 9(3)]

(*Tajuk sebagaimana dalam borang permohonan dalam Jadual Pertama)

Kepada

Apabila menerima permohonan oleh dan apabila menerima laporan polis dan dokumen lain yang menyokong permohonan itu, difailkan pada hari bulan 20

, dan apabila mendengar

, dan pemohon secara sendiri atau untuk mematuhi perintah Mahkamah bagi penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 803

Diperintahkan dan diarahkan supaya kamu menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar dalam

(nyatakan masa/tempoh)

yang berhubungan dengan perkara yang berkenaan dalam permohonan ini dan secara khususnya

Bertarikh hari 20

(Meterai)

Hakim Mahkamah Sesyen

Common questions

What is ANTI-FAKE NEWS ACT 2018?
AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018 is Malaysia Act, cited as Act 803 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
Is ANTI-FAKE NEWS ACT 2018 still in force?
Yes — ANTI-FAKE NEWS ACT 2018 is currently in force.
When did ANTI-FAKE NEWS ACT 2018 take effect?
ANTI-FAKE NEWS ACT 2018 was first recorded in 2018.
How many sections does ANTI-FAKE NEWS ACT 2018 have?
ANTI-FAKE NEWS ACT 2018 contains 14 sections.
Where can I read the official version of ANTI-FAKE NEWS ACT 2018?
The official text of ANTI-FAKE NEWS ACT 2018 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018 (No. 803) | mylaw.my