Akta Cap Dagangan 1976 · Updated to 27 Dec 2019 · Part IV · Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan
Section 11
Feedback & supportUntuk membolehkan sesuatu cap dagangan didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar, cap dagangan itu mistilah distinktif atau boleh menjadi distinktif akan barang-barang yang mengenainya ia didaftarkan dan yang dengannya tuanpunya cap dagangan itu ada atau mungkin ada hubungan dalam perjalanan perdagangan daripada barang-barang yang dengannya tidak ada apa-apa hubungan, samada pada amnya atau, jika cap dagangan itu didaftarkan atau dicadang untuk didaftarkan dengan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian, atau batasan-batasan, cap dagangan itu mistilah distinktif atau boleh menjadi distinktif akan barang-barang berhubung dengan penggunaan dalam takat pendaftarannya.
batasan
"batasan" ertinya batasan hak ke atas penggunaan eksklusif sesuatu cap dagangan iaitu hak yang diberi oleh pendaftaran cap dagangan itu termasuk batasan hak itu tentang
Sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar mengenai apa-apa barang walaupun cap dagangan itu atau suatu atau beberapa bahagian daripadanya didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar atas nama orang yang sama mengenai barang-barang yang sama atau yang berlainan.
Sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar mengenai apa-apa barang/walaupun cap dagangan itu atau suatu atau beberapa bahagian daripadanya didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar atas nama orang yang sama mengenai/barang-barang-yang sama atau-barang-barang-yang-berlainan.