Akta Cap Dagangan 1976 · Updated to 27 Dec 2019 · Part IV · Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan
Section 20
Feedback & supportMengenai penggunaan serentak yang jujur atau mengenai hal keadaan yang diperihalkan dalam perenggan (c) seksyen-kecil (4) seksyen 6 atau mengenai hal keadaan khas yang lain yang, pada pendapat Mahkamah atau Pendaftar, adalah wajar bagi Mahkamah atau Pendaftar membenarkan pendaftaran cap-cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai satu sama lain mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama oleh lebih daripada satu tuanpunya, Mahkamah atau Pendaftar boleh berbuat demikian tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubah-suaian atau batasan, jika ada, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan, dikenakan.
batasan
"batasan" ertinya batasan hak ke atas penggunaan eksklusif sesuatu cap dagangan iaitu hak yang diberi oleh pendaftaran cap dagangan itu termasuk batasan hak itu tentang
---
Pendaftar tidak boleh enggan mendaftarkan sesuatu cap dagangan yang serupa dengan atau yang hampir-hampir menyerupai suatu cap dagangan yang lain dalam Daftar jika pemohon cap dagangan yang pertama tersebut itu atau peniaga sebelumnya dalam perniagaannya telah menggunakan cap dagangan itu terus-menerus dari suatu tarikh sebelum—
cap dagangan yang lain itu digunakan oleh tuanpunya berdaftarnya atau peniaga sebelumnya dalam perniagaannya atau oleh seorang pengguna berdaftar; atau
cap dagangan yang lain itu didaftarkan oleh tuanpunya berdaftarnya atau peniaga sebelumnya dalam perniagaannya, mengikut mana yang lebih awal.