Akta Cap Dagangan 1976 · Updated to 27 Dec 2019 · Part IV · Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan
Section 21
Feedback & supportJika dua orang atau lebih mempunyai kepentingan dalam suatu cap dagangan dan tiada seorang pun daripada mereka berhak dengan sendirinya menggunakan cap dagangan itu kecuali—
bagi pihak kedua-dua atau semua daripada mereka; atau
berhubung dengan barang-barang/ dengan mana kedua-dua atau semua daripada mereka ada hubungan dalam perjalanan perdagangan;
maka kedua-dua atau semua daripada mereka boleh didaftarkan sebagai tuanpunya-tuanpunya bersama bagi cap dagangan itu dan Akta ini adalah berkuatkuasa berhubung dengan apa-apa hak orang-orang itu ke atas penggunaan cap dagangan itu seolah-olah hak-hak itu adalah hak-hak bagi seorang sahaja.
Tertakluk kepada seksyen-kecil (1), tiada apa-apa jua dalam Akta ini membenar dua orang atau lebih yang menggunakan suatu cap dagangan secara bebas, atau yang bercadang hendak menggunakannya didaftarkan sebagai tuanpunya-tuanpunya bersama cap dagangan itu.