Skip to content
In forceAs enacted

107B. Kelulusan repositori dagangan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh secara bertulis meluluskan mana-mana pertubuhan perbadanan untuk menjadi repositori dagangan.

(2)

Suruhanjaya tidak boleh memberi kelulusan di bawah subseksyen (1) melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

pertubuhan perbadanan itu akan dapat menjalankan fungsi sebagaimana yang ditentukan;

(b)

pertubuhan perbadanan itu mempunyai sumber kewangan, tenaga kerja dan sumber lain yang mencukupi untuk menjalankan fungsi sebagaimana yang ditentukan; dan

(c)

pertubuhan perbadanan itu mempunyai kaedah-kaedah dan tatacara untuk membolehkannya menjalankan fungsinya.

Undang-Undang Malaysia 36

Report

Division 1

Penggal 1

Division 2

Penggal 2

Division 3

Penggal 3

Division 4

Penggal 4

Schedules