Skip to content
In forceAs enacted

107F. Kewajipan menjaga kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Seorang pengarah, pegawai, pekerja atau agen repositori dagangan tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen yang diperoleh dalam menjalankan tugasnya kecuali—

(a)

dalam hal keadaan yang dinyatakan di bawah seksyen 107G; atau

(b)

kepada Suruhanjaya jika Suruhanjaya berpendapat bahawa penzahiran itu adalah perlu demi kepentingan awam atau bagi melindungi pelabur.

(2)

Mana-mana orang yang mempunyai maklumat atau dokumen yang dalam pengetahuannya penzahirannya melanggari subseksyen (1) tidak boleh dalam apa-apa cara sekalipun menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.

(3)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Division 1

Penggal 1

Division 2

Penggal 2

Division 3

Penggal 3

Division 4

Penggal 4

Schedules