Skip to content
In forceAs enacted

107J. Obligasi untuk melaporkan

Feedback & support
(1)

Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, orang berdaftar atau mana-mana orang lain yang berniaga dalam derivatif hendaklah melaporkan maklumat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya, termasuklah apa-apa pindaan, pengubahsuaian, pengubahan atau perubahan kepada maklumat itu, kepada suatu repositori dagangan.

(2)

Seksyen ini tidak terpakai bagi tujuan berniaga dalam derivatif yang Bank Negara atau Kerajaan Malaysia ialah suatu pihak.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh menentukan bentuk dan cara maklumat itu perlu dilaporkan kepada repositori dagangan itu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “derivatif” hendaklah termasuk derivatif yang harga pasaran, nilai, penyerahan atau obligasi pembayaran diperoleh daripada, merujuk kepada atau berdasarkan kadar pertukaran mata wang.

(5)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mematuhi mana-mana kehendak seksyen ini; atau

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(b)

mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material kepada suatu repositori dagangan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

(6)

Suatu repositori dagangan hendaklah, atas permintaan

Suruhanjaya, memberikan maklumat yang diperolehnya di bawah subseksyen (1) kepada Suruhanjaya.”.

Report

Division 1

Penggal 1

Division 2

Penggal 2

Division 3

Penggal 3

Division 4

Penggal 4

Schedules