Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2018/A1570
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN) 2018 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1570 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dalam takrif “badan sukan”, dengan menggantikan perkataan “, pertubuhan atau syarikat” dengan perkataan
“atau pertubuhan”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1570
AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN) 2018
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1570
dengan memasukkan selepas takrif “badan sukan” takrif yang berikut:
‘ “Jawatankuasa Pertikaian Sukan” ertinya
Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang ditubuhkan di bawah
Bahagian VI
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian III
Bahagian yang berikut:
“Bahagian IIIa
MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA DAN PERSATUAN
SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA
Majlis Paralimpik Malaysia 9a. (1) Majlis Paralimpik Malaysia adalah diiktiraf sebagai
Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan bagi Malaysia oleh
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.
Majlis Paralimpik Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyertaan Malaysia dalam Sukan
Paralimpik, Sukan Paralimpik Asia dan pertandingan olahraga antarabangsa yang lain adalah mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa,
Jawatankuasa Paralimpik Asia dan badan sukan antarabangsa yang lain yang Majlis Paralimpik Malaysia adalah anggota gabungannya.
Pembangunan Sukan (Pindaan)
5
Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia 9b. (1) Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia adalah diiktiraf sebagai Persekutuan Sukan Orang Pekak Kebangsaan bagi
Malaysia oleh Jawatankuasa Sukan Orang Pekak Antarabangsa.
Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyertaan
Malaysia dalam Deaflympics, Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan pertandingan olahraga antarabangsa yang lain adalah mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Jawatankuasa
Sukan Orang Pekak Antarabangsa, Konfederasi Sukan Orang
Pekak Asia Pasifik dan badan sukan antarabangsa yang lain yang Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia adalah anggota gabungannya.”.
Pindaan seksyen 11
Subperenggan 11(1)(a)(i) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “, pertubuhan atau syarikat” dengan perkataan
“atau pertubuhan”.
Pindaan seksyen 12
Subseksyen 12(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima ribu ringgit” dengan perkataan
“tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit”.
Pindaan seksyen 20
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Pesuruhjaya hendaklah membatalkan pendaftaran sesuatu badan sukan jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa badan sukan itu—
didaftarkan akibat daripada suatu fraud atau kesilapan atau salah nyataan dalam apa-apa butir-butir material; atau
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1570
tidak aktif atau bukan lagi entiti yang patut dan wajar didaftarkan untuk mewakili sukannya dalam mana-mana Negeri atau di Malaysia.”;
dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1)
subseksyen yang berikut:
“(1a) Pesuruhjaya boleh menggantung pendaftaran sesuatu badan sukan jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa badan sukan itu—
tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 18;
tidak atau cuai untuk meremedikan apa-apa amalan salah, salah laku atau ketidakteraturan di pihak pemegang jawatannya atau anggotanya dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis yang diberikan oleh Pesuruhjaya;
tidak bekerjasama atau menjadi penghalang dalam pelaksanaan peraturan-peraturan, dasar atau garis panduan yang dibuat di bawah atau menurut kuasa di bawah Akta ini; atau
tidak atau cuai untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan hal ehwal badan sukannya mengikut perlembagaannya.”.
Pindaan seksyen 21
Seksyen 21 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (2).
Pembangunan Sukan (Pindaan)
7
Penggantian seksyen 24
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:
“Rujukan pertikaian kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan
Jika sesuatu pertikaian tidak dapat diselesaikan mengikut tatacara dalaman yang disebut dalam seksyen 23, mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu sendiri boleh merujukkan pertikaian itu kepada Jawatankuasa Pertikaian
Sukan untuk mendapatkan keputusan.”.
Seksyen baharu 24a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24
seksyen yang berikut:
“Rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Pertikaian
Sukan 24a. (1) Mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa
Pertikaian Sukan boleh, dalam masa dua puluh satu hari selepas keputusan itu disampaikan kepada anggota badan sukan atau badan sukan itu, merayu kepada Menteri.
Menteri boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Keputusan Menteri di bawah subseksyen (2) adalah muktamad.”.
Pindaan seksyen 25
Subseksyen 25(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima ribu ringgit” dengan perkataan
“tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit”.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1570
Penggantian Bahagian VI
Bahagian yang berikut:
“Bahagian VI
JAWATANKUASA PERTIKAIAN SUKAN
Penubuhan Jawatankuasa Pertikaian Sukan
Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah memastikan bahawa badan sukan dan pihak-pihak lain kepada pertikaian sukan termasuklah atlet diberikan cara yang berpatutan, adil dan pantas untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian sukan.
Pelantikan anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan
dua orang anggota yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman, kelayakan atau menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan sukan, atau selainnya sesuai bagi pelantikan disebabkan oleh pengetahuan dan kemahiran khas mereka; dan
Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pembangunan Sukan (Pindaan)
Anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh
Menteri setelah berunding dengan Menteri Kewangan.
Jawatan seseorang anggota Jawatankuasa Pertikaian
Sukan yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kosong—
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
jika dia tidak menghadiri persidangan Jawatankuasa
Pertikaian Sukan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) terhenti menjadi anggota Jawatankuasa
Pertikaian Sukan, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu dan mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh itu.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1570
Pengerusi atau mana-mana anggota Jawatankuasa
Pertikaian Sukan boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.
Pada mana-mana prosiding Jawatankuasa Pertikaian
Sukan, kuorum hendaklah terdiri tidak kurang daripada tiga orang anggota, termasuk Pengerusi, dan jika Pengerusi tiada, mana-mana anggota yang hadir pada prosiding itu boleh dilantik sebagai Pengerusi oleh anggota lain yang hadir.
Setiausaha kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan dan pegawai lain
Menteri boleh menetapkan apa-apa bilangan pegawai awam sebagaimana yang difikirkan layak oleh Menteri untuk membantu Setiausaha.
Bagi maksud Akta ini, Setiausaha dan pegawai yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Kuasa Jawatankuasa Pertikaian Sukan untuk menghendaki pendedahan maklumat
Mana-mana orang yang—
mendedahkan apa-apa maklumat kepada Jawatankuasa
Pertikaian Sukan yang diketahuinya adalah palsu;
atau
mengemukakan laporan atau dokumen kepada
Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang diketahuinya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
Pembangunan Sukan (Pindaan)
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap anggota dan pegawai Jawatankuasa Pertikaian Sukan berkenaan dengan apa-apa tindakan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat oleh anggota dan pegawai Jawatankuasa Pertikaian Sukan jika tindakan, kecuaian atau keingkaran itu dilakukan atau ditinggalkan atau dibuat, dengan suci hati.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan Jawatankuasa
Pertikaian Sukan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu berkenaan dengan Jawatankuasa Pertikaian Sukan dan khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna yang terdahulu, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan yang berikut:
menetapkan tatacara yang hendaklah dipakai oleh
Jawatankuasa Pertikaian Sukan dalam menguruskan apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen 24; dan
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1570
secara amnya bagi penjalanan yang lebih baik fungsi
Jawatankuasa Pertikaian Sukan di bawah Akta ini.”.
Pindaan seksyen 33
Seksyen 33 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perkataan “tawaran” perkataan
“atau menawarkan diri”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 36
Seksyen 36 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Mana-mana syarikat yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dilakukan oleh suatu syarikat, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa
Pembangunan Sukan (Pindaan)
13
lain bagi syarikat itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat itu atau yang membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat itu; dan
jika syarikat itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya;
dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”.
Pindaan seksyen 38
Subseksyen 38(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi enam bulan” dengan perkataan
“tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi lima tahun”.
Pemotongan seksyen 39
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 39.
Peruntukan kecualian dan peralihan
Apa-apa tindakan yang dimulakan atau belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Apa-apa obligasi atau liabiliti yang terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah
Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
dalam takrif “syarikat”, dengan menggantikan perkataan
“Akta Syarikat 1965 [Akta 125]” dengan perkataan
“Akta Syarikat 2016 [Akta 777]”.
Bahagian baharu IIIa