8. Penggantian seksyen 24
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:
s 24“Rujukan pertikaian kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan
Jika sesuatu pertikaian tidak dapat diselesaikan mengikut tatacara dalaman yang disebut dalam seksyen 23, mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu sendiri boleh merujukkan pertikaian itu kepada Jawatankuasa Pertikaian
Sukan untuk mendapatkan keputusan.”.