Seksyen 29
Setiausaha kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan dan pegawai lain
of Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018
Amendment ActIn forceProvision 15 of 23
Seksyen 29
(1)
Menteri hendaklah melantik Pesuruhjaya untuk menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
(2)
Menteri boleh menetapkan apa-apa bilangan pegawai awam sebagaimana yang difikirkan layak oleh Menteri untuk membantu Setiausaha.
(3)
Bagi maksud Akta ini, Setiausaha dan pegawai yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Jawatankuasa Pertikaian Sukan.