Skip to content

Seksyen 30

Kuasa Jawatankuasa Pertikaian Sukan untuk menghendaki pendedahan maklumat

of Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018

Amendment ActIn forceProvision 16 of 23
Seksyen 30

(1)

Jawatankuasa Pertikaian Sukan boleh mengarahkan mana-mana orang supaya mendedahkan apa-apa maklumat kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan dan mengemukakan apa-apa laporan dan dokumen dalam pengetahuannya atau dalam milikannya sebagaimana yang difikirkan perlu bagi maksud penjalanan mana-mana kuasa dan fungsinya di bawah

Akta ini dan Jawatankuasa Pertikaian Sukan boleh selanjutnya mengarahkan mana-mana orang yang Jawatankuasa Pertikaian

Sukan difikirkan perlu supaya hadir di hadapannya untuk membolehkannya menjalankan tugas dan fungsinya di bawah

Akta ini.

Pembangunan Sukan (Pindaan)

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mematuhi arahan Jawatankuasa Pertikaian Sukan di bawah subseksyen (1);

(b)

mendedahkan apa-apa maklumat kepada Jawatankuasa

Pertikaian Sukan yang diketahuinya adalah palsu;

atau

(c)

mengemukakan laporan atau dokumen kepada

Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang diketahuinya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.