Seksyen 27
Penubuhan Jawatankuasa Pertikaian Sukan
of Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018
Amendment ActIn forceProvision 13 of 23
Seksyen 27
(1)
Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Pertikaian Sukan”
yang hendaklah mempunyai tanggungjawab untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian yang dirujuk kepadanya oleh mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu sendiri di bawah seksyen 24.
(2)
Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah memastikan bahawa badan sukan dan pihak-pihak lain kepada pertikaian sukan termasuklah atlet diberikan cara yang berpatutan, adil dan pantas untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian sukan.