Skip to content

Seksyen 16

Peruntukan kecualian dan peralihan

of Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018

Amendment ActIn forceProvision 23 of 23
Seksyen 16

(1)

Apa-apa pendaftaran sesuatu syarikat yang didaftarkan sebagai suatu badan sukan di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1570

dibatalkan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan hendaklah terhenti diuruskan di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(2)

Apa-apa tindakan yang dimulakan atau belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa obligasi atau liabiliti yang terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.