3. Pindaan seksyen 9
Feedback & supportSeksyen 9 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “hidupan liar yang dilindungi” perkataan
“atau hidupan liar yang dikawal”;
dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:
“(d) menjalankan urusan berniaga yang melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi”;
dengan memotong perenggan (e);
dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan
“terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi,”
dengan perkataan “terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dikawal;”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:
“(g) menjalankan urusan berniaga yang melibatkan mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dikawal,”; dan
dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan
“atau perniagaan taksidermi”.
Pindaan seksyen 10