6. Pindaan seksyen 17
Feedback & supportSeksyen 17 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) membawa lesen, permit atau permit khas semasa memburu mana-mana hidupan liar, mengambil mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, menjalankan penyelidikan atau kajian
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
9
dalam rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar, menjalankan pertandingan hidupan liar, menjalankan perkhidmatan kawalan hidupan liar atau menggunakan mana-mana hidupan liar dalam menjalankan apa-apa aktiviti keagamaan, adat atau kebudayaan; atau”;
dan
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) mempamerkan lesen, permit atau permit khas di tempat yang mudah dilihat di premisnya, jika dia ialah peniaga berlesen, pembiak baka dalam kurungan atau pemegang permit untuk mengendalikan zoo, pameran hidupan liar, kemudahan rehabilitasi hidupan liar, kemudahan latihan hidupan liar atau kemudahan penginapan hidupan liar; atau”; dan
dalam subseksyen (2)—
dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
dengan menggantikan perkataan “enam bulan”
dengan perkataan “tiga tahun”.