4. Seksyen 10 Akta ibu dipinda—
Feedback & supportdalam subseksyen (1)—
dalam perenggan (d)—
dengan memotong perkataan “yang dilindungi”; dan
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:
“(e) menjalankan penyelidikan atau kajian dalam rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar;
mengendalikan kemudahan rehabilitasi hidupan liar;
mengendalikan kemudahan latihan hidupan liar;
mengendalikan kemudahan penginapan hidupan liar;
menjalankan pertandingan hidupan liar;
menjalankan perkhidmatan kawalan hidupan liar; atau
menggunakan mana-mana hidupan liar dalam menjalankan apa-apa aktiviti keagamaan, adat atau kebudayaan,”; dan
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Jika apa-apa aktiviti di bawah perenggan 1(a),
, (c) atau (f) melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, orang itu hendaklah memperoleh suatu lesen untuk menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi menurut seksyen 9 atau suatu permit khas untuk menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya menurut seksyen 11, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
Undang-Undang Malaysia 8