Malaysia legislation

Section 40

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 40

Jika seseorang pegawai kebajikan haiwan berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 772

dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 56

Kanun Tatacara Jenayah penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dialihkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai kebajikan haiwan itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 56 Kanun Tatacara Jenayah dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.