Skip to content

Section 42

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut

of Animal Welfare Act 2015

ActIn forceProvision 42 of 64
Section 42
(1)

Jika seseorang pegawai kebajikan haiwan mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan menggeledah pengangkut itu dan boleh, jika setelah pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang dengan semunasabahnya dipercayai untuk memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

Kebajikan Haiwan 37

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh pegawai kebajikan haiwan itu—

(a)

memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai kebajikan haiwan itu memeriksa pengangkut itu; dan

(b)

membuka semua bahagian pengangkut itu untuk digeledah dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan pelaksanaan penggeledahan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai kebajikan haiwan itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.