Section 43
Kuasa untuk mengelak premis atau pengangkut
Jika terpakai dan oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang pernah ada atau berada di mana-mana premis atau mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain di dalam mana-mana pengangkut yang disebut dalam subseksyen 42(1) disita di bawah seksyen ini, pegawai kebajikan haiwan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak premis atau pengangkut di mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain dijumpai.
(2)
Pemunya atau penghuni premis atau pengangkut itu hendaklah bertanggungjawab bagi penjagaan umum atau kebajikan haiwan, keseluruhan penyelenggaraan dan penyimpanan selamat mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang telah dilak di dalam premis atau pengangkut yang disebut dalam subseksyen (1).
(3)
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (1)
atau memindahkan haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 772
daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.