Skip to content

Section 44

Senarai benda yang disita

of Animal Welfare Act 2015

ActIn forceProvision 44 of 64
Section 44
(1)

Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, pegawai kebajikan haiwan yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang disita itu dan tempat di mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain itu dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.

(2)

Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—

(a)

penghuni premis tempat mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang disita itu dijumpai; atau

(b)

orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu, jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 42.

(3)

Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak diduduki, pegawai kebajikan haiwan itu hendaklah bila-bila mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu supaya mudah dilihat di atau pada premis itu.

Perintah menahan haiwan, karkas, dsb., yang disita di bawah