In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Kaedah-Kaedah Ahli Kimia 2024 · As enacted · Part III · Mesyuarat Majlis dan Mesyuarat Agung Tahunan
Kaedah-Kaedah Ahli Kimia 2024 · As enacted · Part III · Mesyuarat Majlis dan Mesyuarat Agung Tahunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apa-apa ketetapan hendaklah dicadangkan oleh mana-mana anggota
Majlis dan disokong oleh sekurang-kurangnya tiga orang anggota Majlis sebelum undian.
Undian hendaklah dilakukan dengan cara mengangkat tangan atau dengan cara undi sulit sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.
P.U. (A) 149 8
Pengerusi hendaklah mengisytiharkan keputusan undian sama ada ketetapan yang dinyatakan di bawah subkaedah (1) diterima atau ditolak oleh anggota Majlis.
Perisytiharan di bawah subkaedah (3) adalah muktamad dan catatan tentang perisytiharan itu dalam minit mesyuarat hendaklah menjadi keterangan yang konklusif.
Jika bilangan undi sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Hanya anggota yang hadir sendiri boleh mengundi dalam mesyuarat.
Part IV
Part V
Part VI