Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH AHLI KIMIA 2024

Seksyen 12

(1)

Majlis hendaklah mengadakan suatu mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung luar biasa dengan memberikan notis secara bertulis kepada anggota

Institut yang menyatakan tempat, tarikh, masa dan tujuan mesyuarat itu—

(a)

sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum mesyuarat agung tahunan itu diadakan; atau

(b)

sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat agung luar biasa itu diadakan.

P.U. (A) 149 9

(2)

Jika tujuan atau salah satu tujuan mesyuarat agung tahunan adalah untuk membuat kaedah-kaedah atau meminda kaedah-kaedah, Majlis hendaklah memastikan notis mesyuarat sebagaimana dalam subkaedah (1) mengandungi atau disertakan dengan butiran kaedah-kaedah yang dicadangkan atau dipinda.

(3)

Apa-apa peninggalan yang tidak disengajakan dalam memberikan notis mesyuarat seperti yang dikehendaki oleh subkaedah (1) kepada seorang anggota Institut atau lebih, tidak akan dengan apa-apa cara, menjejaskan kesahan apa-apa yang telah dilakukan atau dipersetujui dalam mesyuarat tersebut.

(4)

Kuorum bagi mesyuarat agung tahunan ialah tiga puluh orang anggota yang hadir sendiri dan berhak mengundi.

(5)

Tiada apa-apa urusan boleh dijalankan dalam mana-mana mesyuarat agung tahunan jika kuorum tidak hadir.

(6)

Jika kuorum tidak hadir selepas setengah jam dari masa yang ditetapkan untuk mesyuarat agung tahunan, jika diadakan atas permintaan ahli, mesyuarat tersebut hendaklah dibubarkan, tetapi dalam apa-apa kes lain ia akan ditangguhkan ke hari lain dalam tempoh sebulan, dan jika kuorum tidak hadir dalam mesyuarat yang ditangguhkan itu, ahli yang hadir dan berhak mengundi, walau apa pun bilangan mereka, hendaklah membentuk kuorum dan boleh mengendalikan urusan yang untuknya mesyuarat tersebut diadakan.

(7)

Agenda bagi mesyuarat agung tahunan hendaklah termasuk perkara yang berikut:

(a)

menerima dan mempertimbangkan laporan tahunan Institut;

(b)

menerima dan mempertimbangkan penyata akaun tahunan Institut dan laporan juruaudit;

(c)

mengisi kekosongan dalam Majlis melalui pemilihan;

P.U. (A) 149 10

(d)

melantik juruaudit yang berkelayakan dan menentukan saraannya;

dan

(e)

mempertimbangkan apa-apa perkara lain yang notis bertulis sedemikian telah diberikan kepada

Setiausaha oleh ahli sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat.

Pengundian dalam mesyuarat agung tahunan