Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2024 · As enacted
21A. “Wang tak dituntut
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apa-apa wang yang disebut di bawah Kod ini yang tidak dibayar balik kepada pengguna hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar Wang Tak
Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370].”.
Pindaan perenggan 22 24.
Perenggan 22 Kod ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Bahagian II Kod, perenggan 11, 12, 12A, 13, 14, 15, 17 dan 18 Kod, Bahagian V Kod, dan Bahagian IV Kod”
dengan perkataan “Kod ini”.
Pindaan Jadual Pertama 25.
Kod ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Pertama dengan jadual yang berikut:
P.U. (B) 345 23
“JADUAL PERTAMA
[Perenggan 10A, 11, 12, 12A dan 14]
HAK PENGGUNA
Bil.
Peruntukan
Perihalan
Hak 1.
Perenggan 10A
Tidak membenarkan orang kurang upaya menaiki pesawat atas alasan kurang upayanya
Orang kurang upaya dan mana-mana orang yang mengiringinya hendaklah ditawarkan dan boleh memilih pilihan yang berikut:
dibayar balik dalam masa tiga puluh hari, bagi kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk tambang asas, caj bagi perkhidmatan pilihan, surcaj bahan api, caj, cukai, dan fi, bagi bahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dilakukan, dan bagi bahagian atau bahagian-bahagian yang telah dilakukan jika penerbangan itu tidak lagi menyediakan perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan perancangan perjalanan asal pengguna, tanpa hak untuk menaiki pesawat;
penerbangan balik semula ke tempat pertama perlepasan, pada peluang yang terawal; atau
perubahan laluan, di bawah keadaan pengangkutan yang setanding, ke destinasi akhir
P.U. (B) 345 24
mereka pada peluang yang terawal atau pada tarikh yang kemudian mengikut kesesuaian pengguna, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, tanpa dikenakan bayaran tambahan.
Dalam hal apabila beberapa lapangan terbang menyediakan perkhidmatan bagi sesuatu pekan, bandar atau wilayah, syarikat penerbangan yang beroperasi menawarkan kepada seseorang pengguna penerbangan ke suatu lapangan terbang yang merupakan alternatif kepada lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah menanggung kos pemindahan pengguna itu dari lapangan terbang alternatif itu ke lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, atau ke destinasi lain yang berhampiran yang dipersetujui dengan pengguna itu.