Skip to content
In forceAs enacted
Contents

10A. “Penyesuaian munasabah bagi orang kurang upaya

Feedback & support
(1)

Suatu syarikat penerbangan tidak boleh menolak—

(a)

untuk menerima suatu tempahan bagi penerbangan yang berlepas dari suatu aerodrom yang baginya Kod ini terpakai; atau

(b)

untuk mengambil orang kurang upaya di aerodrom sedemikian, dengan syarat bahawa orang itu mempunyai tempahan yang sah, atas alasan kurang upaya.

P.U. (B) 345 10

(2)

Suatu syarikat penerbangan boleh menolak suatu tempahan di bawah subsubperenggan (1)(a) atau daripada mengambil orang kurang upaya di bawah subsubperenggan (1)(b) jika—

(a)

penolakan itu bagi memenuhi kehendak keselamatan yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Operasi Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam; atau

(b)

saiz pesawat udara atau pintunya menjadikan pengambilan atau pengangkutan secara fizikal orang kurang upaya itu tidak mungkin dapat dilakukan.

(3)

Suatu syarikat penerbangan boleh, bagi memenuhi kehendak keselamatan yang disebut dalam subsubperenggan (2)(a), menghendaki orang kurang upaya itu untuk diiringi oleh seorang yang lain yang berupaya untuk memberikan bantuan yang diperlukan oleh orang kurang upaya itu.

(4)

Sekiranya terdapat penolakan untuk menerima suatu tempahan atas alasan yang disebut dalam subsubperenggan (2)(a) atau (b), syarikat penerbangan itu hendaklah melakukan usaha yang sewajarnya untuk mencadangkan suatu alternatif yang boleh diterima kepada orang kurang upaya itu.

(5)

Orang kurang upaya yang tidak dibenarkan menaiki pesawat atas alasan kurang upayanya dan mana-mana orang yang mengiringi orang itu menurut subperenggan (3) hendaklah ditawarkan hak yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama.

(6)

Hak kepada opsyen penerbangan pergi balik atau perubahan laluan hendaklah dengan syarat semua kehendak keselamatan dipenuhi.

(7)

Suatu syarikat penerbangan hendaklah menjadikan tersedia kepada umum, dalam format yang boleh diakses dan dalam

P.U. (B) 345 11

sekurang-kurangnya bahasa yang sama seperti maklumat yang dijadikan tersedia kepada pengguna lain, kaedah-kaedah keselamatan yang terpakai bagi pengangkutan orang kurang upaya, dan juga apa-apa sekatan ke atas pengangkutan mereka atau ke atas pengangkutan kelengkapan mobiliti disebabkan saiz pesawat udara.

(8)

Suatu syarikat penerbangan yang menolak untuk menerima tempahan atau mengambil orang kurang upaya di bawah subsubperenggan (2)(a) atau (b), atau mana-mana orang yang mengiringi orang itu walaupun subperenggan (3) dipatuhi hendaklah—

(a)

dengan serta-merta memberitahu orang kurang upaya itu sebab bagi penolakan itu; dan

(b)

atas permintaan orang kurang upaya itu, memberitahu sebab dalam subsubperenggan (a) secara bertulis dalam masa lima hari bekerja dari permintaan itu.

(9)

Jika suatu syarikat penerbangan menerima pemberitahuan tentang keperluan bantuan oleh orang kurang upaya pada mana-mana peringkat jualan, syarikat penerbangan itu hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk menyediakan bantuan itu.

(10)

Jika pemberitahuan yang disebut dalam subperenggan (9) diterima sekurang-kurangnya empat puluh lapan jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan, syarikat penerbangan hendaklah—

(a)

menyampaikan maklumat yang berkenaan dalam masa dua belas jam daripada penerimaan pemberitahuan tentang keperluan bantuan kepada syarikat penerbangan yang beroperasi, jika tempahan tidak dibuat dengan syarikat penerbangan itu; atau

P.U. (B) 345 12

(b)

jika identiti syarikat penerbangan yang beroperasi tidak diketahui pada masa pemberitahuan, menyampaikan maklumat itu kepada syarikat penerbangan yang beroperasi dengan seberapa segera setelah identitinya diketahui.

(11)

Pemberitahuan di bawah subperenggan (9) hendaklah juga terpakai bagi penerbangan pergi balik, jika penerbangan keluar dan penerbangan balik telah dikontrakkan dengan syarikat penerbangan yang sama.

(12)

Jika pemberitahuan yang disebut dalam subperenggan (9)

diterima kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan, syarikat penerbangan hendaklah menyampaikan maklumat itu kepada syarikat penerbangan yang beroperasi secepat yang dapat dilaksanakan.

(13)

Apabila orang kurang upaya tiba melalui udara di aerodrom, syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah membuat tindakan yang munasabah bagi menyediakan bantuan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua mengikut apa-apa cara yang membolehkan orang yang berkenaan itu boleh menaiki penerbangan yang baginya dia mempunyai tempahan, dengan syarat bahawa—

(a)

pengguna itu menghadirkan diri bagi daftar masuk pada masa yang ditentukan oleh syarikat penerbangan yang beroperasi; atau

(b)

pengguna itu tiba pada suatu tempat dalam sempadan lapangan terbang yang ditetapkan mengikut subperenggan (20) pada masa yang ditentukan oleh syarikat penerbangan yang beroperasi.

(14)

Apabila orang kurang upaya bertransit melalui aerodrom, atau dipindahkan oleh syarikat penerbangan yang beroperasi dari penerbangan yang

P.U. (B) 345 13

baginya orang itu mempunyai tempahan ke penerbangan yang lain, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan penyediaan bantuan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua mengikut apa-apa cara yang membolehkan orang itu menaiki penerbangan yang baginya dia mempunyai tempahan.

(15)

Semasa ketibaan orang kurang upaya di aerodrom, syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan penyediaan bantuan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua mengikut apa-apa cara yang membolehkan orang itu tiba ke tempat perlepasan dari aerodrom yang disebut dalam subperenggan (20).

(16)

Bantuan yang disediakan hendaklah, setakat yang mungkin, bersesuaian dengan keperluan tertentu pengguna individu.

(17)

Orang kurang upaya hendaklah berhak menggunakan perkhidmatan kerusi roda secara percuma apabila mengemukakan kad OKU.

(18)

Syarikat penerbangan hendaklah—

(a)

memastikan bahawa semua kakitangan, termasuk kakitangan yang diambil bekerja oleh mana-mana subkontraktor, yang menyediakan bantuan terus kepada orang kurang upaya mempunyai pengetahuan tentang cara untuk memenuhi keperluan orang yang mempunyai pelbagai ketakupayaan;

(b)

memberikan latihan kesamarataan dan kesedaran mengenai orang kurang upaya kepada semua kakitangan yang bekerja di aerodrom yang berurusan secara terus dengan orang awam yang membuat perjalanan; dan

P.U. (B) 345 14

(c)

memastikan bahawa, selepas pengambilan, semua pekerja baharu menghadiri latihan berkaitan dengan orang kurang upaya dan semua kakitangan mengikuti kursus latihan ulang kaji apabila perlu.

(19)

Seseorang pengendali aerodrom hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan penyediaan ameniti dan kemudahan berstruktur untuk orang kurang upaya mengikut apa-apa cara yang membolehkan orang itu menaiki penerbangan yang baginya dia mempunyai tempahan.

(20)

Pengendali aerodrom hendaklah—

(a)

menetapkan tempat ketibaan dan perlepasan dalam sempadan lapangan terbang atau di suatu tempat di bawah kawalan langsung pengendali aerodrom itu, di dalam dan di luar bangunan terminal, yang orang kurang upaya boleh, dengan mudah, mengumumkan ketibaannya di lapangan terbang dan meminta bantuan; dan

(b)

memastikan yang tempat ketibaan dan perlepasan yang disebut dalam subsubperenggan (a) ditandakan dengan jelas dan menawarkan maklumat asas mengenai lapangan terbang, dalam format yang boleh diakses.”.

Pindaan perenggan 11 13.

Perenggan 11 Kod ibu dipinda—

(a)

dalam subperenggan (2), dengan menggantikan perkataan “pampasan dan penjagaan” dengan perkataan “hak”; dan

(b)

dengan menggantikan subperenggan (3) dengan subperenggan yang berikut:

P.U. (B) 345 15

“(3)

Jika bilangan pengguna secara sukarela tidak mencukupi, syarikat penerbangan yang beroperasi boleh untuk tidak membenarkan pesawat dinaiki oleh mana-mana pengguna sebelum pengguna itu menaiki pesawat udara dan hendaklah dengan serta-merta menawarkan hak mengikut Jadual Pertama.”.

Pindaan perenggan 12 14.

Perenggan 12 Kod ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Kelewatan dan pembatalan penerbangan”;

(b)

dalam subperenggan (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan

“Jika sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi semunasabahnya menjangkakan kelewatan suatu penerbangan” dengan perkataan “Jika suatu penerbangan lewat”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah” perkataan “memberitahu dan”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “pampasan dan penjagaan”

dengan perkataan “hak”;

(c)

dengan menggantikan subperenggan (3) dengan subperenggan yang berikut:

“(3)

Had liabiliti di bawah subperenggan (2) adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.”;

P.U. (B) 345 16

(d)

dengan menggantikan subperenggan (5) dengan subperenggan yang berikut:

“(5)

Bagi maksud subperenggan (1), jika pilihan bayaran balik terpakai, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah terlebih dahulu menawarkan bayaran balik melainkan jika pengguna memilih pilihan berlainan yang tersedia.”;

(e)

dengan memasukkan selepas subperenggan (5) subperenggan yang berikut:

“(5A)

Syarikat penerbangan yang beroperasi itu boleh menawarkan mana-mana bentuk bayaran balik alternatif lain sebagai tambahan kepada bayaran balik yang disebut dalam subperenggan (5)

sekiranya syarikat penerbangan yang beroperasi itu boleh membuktikan bahawa pembatalan atau kelewatan selama lima jam atau lebih itu adalah disebabkan oleh hal keadaan luar biasa, yang tidak dapat dielakkan walaupun semua langkah yang sewajarnya telah diambil.”;

dan

(f)

dengan memotong subperenggan (6).

Pindaan perenggan 12A

Report