Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2024 · As enacted
15A. “Bayaran balik kepada pengguna
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Selain hak di bawah perenggan 10 dan tertakluk kepada terma dan syarat suatu tiket, syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah, apabila dituntut oleh pengguna, membayar balik kepada pengguna—
tambang asas, termasuk semua caj yang kena dibayar kepada syarikat penerbangan;
caj bagi perkhidmatan pilihan yang dibeli oleh pengguna secara pilih-masuk;
surcaj bahan api;
cukai dan fi yang dikenakan oleh Kerajaan;
fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
apa-apa fi dan caj lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya untuk dikenakan ke atas pengguna oleh penyedia perkhidmatan penerbangan.
Walau apa pun subperenggan (1), syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah membayar balik surcaj bahan api, cukai, fi, dan caj yang disebut dalam subsubperenggan (1)(c), (d), (e) dan (f) sekiranya pengangkutan
P.U. (B) 345 20
pengguna dengan perkhidmatan pengangkutan udara tidak diberikan kepada pengguna itu.
Bagi maksud bayaran balik surcaj bahan api, cukai, fi, dan caj yang disebut dalam subsubperenggan (1)(c), (d), (e) dan (f), syarikat penerbangan yang berkontrak boleh mengenakan fi pemprosesan sehingga lima peratus daripada surcaj bahan api, cukai, fi, atau caj itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika syarikat penerbangan yang berkontrak telah mengenakan fi pemprosesan bagi maksud bayaran balik tambang asas atau caj yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a) dan (b), syarikat penerbangan yang berkontrak itu tidak lagi boleh mengenakan apa-apa fi pemprosesan bagi mana-mana bayaran balik yang disebut dalam subperenggan (3).
Walau apa pun subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Suruhanjaya boleh menentukan bayaran balik mana-mana fi atau caj lain yang disifatkan patut bagi maksud perenggan ini.
Syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah meremit apa-apa bayaran balik kepada pengguna dalam masa tiga puluh hari dari tarikh tuntutan bagi bayaran balik itu.
Jika sesuatu tiket dibeli daripada seseorang ejen pelancongan atau melalui mana-mana portal pelancongan, syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah meremitkan apa-apa bayaran balik kepada ejen pelancongan atau portal pelancongan itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh tuntutan bagi bayaran balik oleh pengguna mengikut terma dan syarat antara syarikat penerbangan yang berkontrak dengan ejen pelancongan atau antara syarikat penerbangan yang berkontrak dengan portal pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
P.U. (B) 345 21