Malaysia legislation
Section 13
Section 13
Pengurus Besar
(1)
Menteri hendaklah melantik seorang Pengurus Besar mengikut apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(2)
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
pentadbiran dan pengurusan Lembaga;
(b)
perancangan dan pelaksanaan apa-apa program, skim atau projek; dan
(c)
pelaksanaan apa-apa keputusan Lembaga.
(3)
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan Lembaga.
(4)
Pengurus Besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(5)
Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga.
(6)
Jika Pengurus Besar tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,
Lembaga boleh mengarahkan mana-mana anggota atau pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk melaksanakan kewajipan Pengurus
Besar itu semasa Pengurus Besar tidak ada buat sementara atau tidak berupaya kerana apa-apa sebab lain itu.
(7)
Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas
Pengurus Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu—
(a)
tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian; dan
(b)
hendaklah dilakukan atas nama Lembaga.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 17