Malaysia legislation
Section 18
Section 18
Pengimbangan akaun hasil
Menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan, melaksanakan dan menunaikan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8, mencukupi untuk membayar segala wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk, tanpa menjejaskan keluasan ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 17 dan 19 dan susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.