Malaysia legislation
Section 21
Section 21
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
(1)
Perbelanjaan Lembaga setakat amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
(2)
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan)
bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu
Menteri hendaklah memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 21
(3)
Lembaga boleh pada bila-bila masa, mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan
Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
(4)
Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya mengemukakan suatu anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana orang lain yang dinyatakan dalam arahan itu.