Skip to content
In forceAs enacted
Contents

P.U. (B)

Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Besi Aloi atau Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Dengan Zink, Menggunakan Proses Celupan Panas (Gegelung/Kepingan Besi Bergalvani atau Gegelung/Kepingan Keluli Bergalvani) yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam

Feedback & support

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Petisyen

Petisyen itu telah dibuat oleh—

CSC Steel Sdn. Bhd.

180, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh

Ayer Keroh, 75450 Melaka

Malaysia, pengeluar dalam negeri produk gulungan rata besi aloi atau keluli bukan aloi, disadur atau disalut dengan zink, menggunakan proses celupan panas

(gegelung/kepingan besi bergalvani atau gegelung/kepingan keluli bergalvani) bagi pihak industri Malaysia.

P.U. (B) 60 3

(1)

Dagangan subjek yang dikatakan sedang dilambakkan di Malaysia ialah produk gulungan rata besi aloi atau keluli bukan aloi, disadur atau disalut dengan zink, menggunakan proses celupan panas (gegelung/kepingan besi bergalvani atau gegelung/kepingan keluli bergalvani) yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang

Diharmonikan (“Kod H.S.”) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (“AHTN”)

7210.49.11 00, 7210.49.14 00, 7210.49.15 00, 7210.49.16 00, 7210.49.17 00,

7210.49.18 00, 7210.49.19 00, 7210.49.91 00, 7210.49.99 00, 7212.30.11 00,

7212.30.12 00, 7212.30.13 00, 7212.30.14 00, 7212.30.19 00, 7212.30.90 00,

7225.92.20 00, 7225.92.90 00, 7225.99.90 00, 7226.99.11 00, 7226.99.19 00,

7226.99.91 00 dan 7226.99.99 00.

(2)

Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.

(1)

Pengataan lambakan adalah berdasarkan perbandingan antara nilai normal dagangan subjek di

Republik

Rakyat

China,

Republik

Korea dan

Republik Sosialis Viet Nam dengan harga eksport yang bersamaan dengannya apabila dagangan subjek itu dieksport ke Malaysia.

(2)

Berdasarkan perbandingan ini, margin lambakan sebagaimana yang dikatakan oleh pempetisyen adalah signifikan bagi pengeluar atau pengeksport itu.

(1)

Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari Republik Rakyat China, Republik Korea dan

Republik Sosialis Viet Nam telah meningkat dari segi kuantiti mutlak.

(2)

Dikatakan selanjutnya bahawa kesan lambakan itu, industri Malaysia telah mengalami kemudaratan, iaitu peningkatan dalam jumlah import, pengurangan dalam syer pasaran, kemerosotan keuntungan, pengurangan dalam pulangan

P.U. (B) 60 4

pelaburan, pengurangan dalam pulangan jumlah aset, pemotongan harga, kemelesetan harga, penyekatan harga dan ketidakupayaan menambahkan modal.

(1)

Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu penyiasatan duti anti-lambakan dimulakan dan penyiasatan sedemikian adalah demi kepentingan awam, Kerajaan memulakan suatu penyiasatan menurut seksyen 20 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subperaturan 7(1) Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

(2)

Penyiasatan ini akan menentukan kewujudan, tahap dan kesan lambakan dagangan subjek yang dikatakan itu kepada industri Malaysia.

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatan itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—

(a)

industri

Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari Republik Rakyat

China, Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam yang dinamakan dalam petisyen;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan

(d)

Kerajaan Republik Rakyat China, Republik Korea dan Republik

Sosialis Viet Nam.

P.U. (B) 60 5

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau secara serahan tangan untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen ini.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.

s 7Pengumpulan maklumat

Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara bertulis, khususnya dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.

(1)

Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat dari lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

(2)

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan maklum balas soal selidik dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan duti anti-lambakan ini, melainkan jika dinyatakan selainnya.

(1)

Semua pengemukaan maklumat, maklum balas soal selidik, surat-menyurat dan permintaan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar melalui pos, faksimile, e-mel atau secara serahan tangan dan dengan jelas menyatakan nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan faksimile pihak berkepentingan itu kepada—

P.U. (B) 60 6

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Aras 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor telefon

: (603) 6208 4639/4640/4642/4635

Nombor faksimile

: (603) 6211 4429

Alamat e-mel

: alltps@miti.gov.my

(2)

Sekiranya pihak berkepentingan itu tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, Kerajaan boleh membuat penentuan awal atau muktamadnya berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993.

Bertarikh 6 Februari 2025

[MITI.S.600-2/2/48; PN(PU2)529/JLD.33]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

P.U. (B) 60 7

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF INITIATION OF ANTI-DUMPING DUTY INVESTIGATION WITH REGARD TO

IMPORTS OF FLAT-ROLLED PRODUCTS OF IRON ALLOY OR NON-ALLOY STEEL,

PLATED OR COATED WITH ZINC, USING HOT DIP PROCESS (GALVANISED IRON

COILS/SHEETS OR GALVANISED STEEL COILS/SHEETS) ORIGINATED OR EXPORTED

FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA, THE REPUBLIC OF KOREA AND

THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 01/25)