Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Besi Aloi atau Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Dengan Zink, Menggunakan Proses Celupan Panas (Gegelung/Kepingan Besi Bergalvani atau Gegelung/Kepingan Keluli Bergalvani) yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam · As enacted
2. Dagangan subjek
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dagangan subjek yang dikatakan sedang dilambakkan di Malaysia ialah produk gulungan rata besi aloi atau keluli bukan aloi, disadur atau disalut dengan zink, menggunakan proses celupan panas (gegelung/kepingan besi bergalvani atau gegelung/kepingan keluli bergalvani) yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang
Diharmonikan (“Kod H.S.”) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (“AHTN”)
7210.49.11 00, 7210.49.14 00, 7210.49.15 00, 7210.49.16 00, 7210.49.17 00,
7210.49.18 00, 7210.49.19 00, 7210.49.91 00, 7210.49.99 00, 7212.30.11 00,
7212.30.12 00, 7212.30.13 00, 7212.30.14 00, 7212.30.19 00, 7212.30.90 00,
7225.92.20 00, 7225.92.90 00, 7225.99.90 00, 7226.99.11 00, 7226.99.19 00,
7226.99.91 00 dan 7226.99.99 00.
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.