Malaysia legislation

Section 4

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT PRODUK GULUNGAN RATA BESI ALOI ATAU KELULI BUKAN ALOI, DISADUR ATAU DISALUT DENGAN ZINK, MENGGUNAKAN PROSES CELUPAN PANAS (GEGELUNG/KEPINGAN BESI BERGALVANI ATAU GEGELUNG/KEPINGAN KELULI BERGALVANI) YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 4

(1)

Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari Republik Rakyat China, Republik Korea dan

Republik Sosialis Viet Nam telah meningkat dari segi kuantiti mutlak.

(2)

Dikatakan selanjutnya bahawa kesan lambakan itu, industri Malaysia telah mengalami kemudaratan, iaitu peningkatan dalam jumlah import, pengurangan dalam syer pasaran, kemerosotan keuntungan, pengurangan dalam pulangan

P.U. (B) 60 4

pelaburan, pengurangan dalam pulangan jumlah aset, pemotongan harga, kemelesetan harga, penyekatan harga dan ketidakupayaan menambahkan modal.

Tatacara