Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Besi Aloi atau Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Dengan Zink, Menggunakan Proses Celupan Panas (Gegelung/Kepingan Besi Bergalvani atau Gegelung/Kepingan Keluli Bergalvani) yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam · As enacted
5. Tatacara
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu penyiasatan duti anti-lambakan dimulakan dan penyiasatan sedemikian adalah demi kepentingan awam, Kerajaan memulakan suatu penyiasatan menurut seksyen 20 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subperaturan 7(1) Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.
Penyiasatan ini akan menentukan kewujudan, tahap dan kesan lambakan dagangan subjek yang dikatakan itu kepada industri Malaysia.