Malaysia legislation

Section 8

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT PRODUK GULUNGAN RATA BESI ALOI ATAU KELULI BUKAN ALOI, DISADUR ATAU DISALUT DENGAN ZINK, MENGGUNAKAN PROSES CELUPAN PANAS (GEGELUNG/KEPINGAN BESI BERGALVANI ATAU GEGELUNG/KEPINGAN KELULI BERGALVANI) YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 8

Had masa

(1)

Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat dari lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

(2)

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan maklum balas soal selidik dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan duti anti-lambakan ini, melainkan jika dinyatakan selainnya.

Pengemukaan maklumat, maklum balas soal selidik dan surat-menyurat