Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (A)

Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021

Feedback & support

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Ordinan ini bolehlah dinamakan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

(2)

Ordinan ini mula berkuat kuasa pada 11 Mac 2021.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], yang disebut “Akta” dalam Ordinan ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memotong takrif “inspektor kesihatan”;

(b)

dalam takrif “pegawai diberi kuasa”, dengan menggantikan perkataan

“mana-mana inspektor kesihatan, atau mana-mana pegawai” dengan perkataan “mana-mana Pegawai Kesihatan Persekitaran, atau mana-mana orang yang sesuai”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Kesihatan” takrif yang berikut:

‘ “Pegawai Kesihatan Persekitaran” ertinya mana-mana Pegawai

Kesihatan Persekitaran dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan termasuk Penolong Pegawai Kesihatan

Persekitaran;’.

s 3Pindaan seksyen 10

Subseksyen 10(2) Akta dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “atau mendapat tahu” perkataan

“atau mempunyai sebab untuk percaya atau mengesyaki”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini” dengan perkataan

“dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”.

470 470

s 4Seksyen baharu 15a

Akta dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 15 seksyen yang berikut:

“Perintah bagi memakai peranti pengesanan 15a. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti, atau mana-mana kontak, untuk memakai apa-apa peranti pengesanan yang diberikan kepadanya.

(2)

Peranti pengesanan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk suatu gelang tangan atau apa-apa peranti yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa.

(3)

Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu melakukan suatu kesalahan.”.

s 5Seksyen baharu 21a

Akta dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21 seksyen yang berikut:

“Arahan Ketua Pengarah 21a. (1) Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus, kepada mana-mana orang atau golongan orang supaya mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana arahan Ketua

Pengarah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.”.

s 6Bahagian baharu IVa

Akta dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IV bahagian yang berikut:

“Bahagian IVa

PENGUATKUASAAN

Kesalahan boleh tangkap 21b. Tiap-tiap kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini adalah suatu kesalahan boleh tangkap.

471 471

Kuasa penyiasatan 21c.

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini mengikut Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593].

Kuasa untuk memberikan maklumat 21d.

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Kuasa untuk menangkap 21e.  (1)  Seseorang pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Menteri secara bertulis boleh menangkap mana-mana orang yang dia semunasabahnya percaya telah melakukan atau cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai.”.

s 7Seksyen baharu 22a

Akta dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22 seksyen yang berikut:

“Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 22a.  (1)  Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan 472 472

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya;

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.”.

s 8Penggantian seksyen 24

Akta dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:

s 24“Penalti am

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”.

s 9Penggantian seksyen 25

Akta dipinda dengan menggantikan seksyen 25 dengan seksyen yang berikut:

s 25“Pengkompaunan kesalahan

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh Ketua Pengarah secara bertulis boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum sesuatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada

Ketua Pengarah—

(a)

dalam hal seseorang itu merupakan seorang individu, suatu jumlah wang yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; atau 473 473

(b)

dalam hal sesuatu pertubuhan perbadanan, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.”.

Pindaan seksyen 31 10.

Seksyen 31 Akta dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2)

subseksyen yang berikut:

“(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”.

Dimasyhurkan di Istana Negara beta di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan, pada dua puluh tiga hari bulan Februari, dua ribu dua puluh satu.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang di-Pertuan Agong

[Akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan

Persekutuan]

Emergency (Prevention and Control of Infectious Diseases)

(Amendment) Ordinance 2021

s 1Short title and commencement

(1)

This ordinance may be cited as the Emergency (Prevention and

Control of Infectious Diseases) (Amendment) Ordinance 2021.

(2)

This Ordinance comes into operation on 11 March 2021.

s 2Amendment of section 2

The Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342], which is referred to as the “Act” in this Ordinance, is amended in section 2—

(a)

by deleting the definition of “health inspector”;

(b)

in the definition of “authorized officer”, by substituting for the words

“any health inspector, or any officer” the words “any Environmental

Health Officer, or any suitable person”; and

(c)

by inserting after the definition of “disinsecting” the following definition:

‘ “Environmental Health Officer” means any Environmental

Health Officer in the service of the Government or of any local authority including the Assistant Environmental Health Officer;’.

s 3Amendment of section 10

Subsection 10(2) of the Act is amended—

(a)

by inserting after the words “or becomes aware of” the words “or has reason to believe or suspect”; and

(b)

by substituting for the words “in the form prescribed by regulations made under this Act” the words “in any form as determined by the

Director General”.

s 4New section 15a

The Act is amended by inserting after section 15 the following section:

“Order for wearing tracing device 15a.  (1)  An authorized officer may order any person who is infected or whom he has reason to believe to be infected, or any contact, to wear any tracing device provided to him.

(2)

The tracing device referred to in subsection (1) shall include a wristband or any device provided by the authorized officer.

475 475

(3)

Any person who destroys, damages, loses or tampers with the tracing device commits an offence.”.

s 5New section 21a

The Act is amended by inserting after section 21 the following section:

“Directions of Director General 21a.  (1)  The Director General may issue any directions in any manner, whether generally or specifically, to any person or class of persons to take such measures for the purpose of preventing and controlling any infectious disease.

(2)

Any person who contravenes any directions of the Director

General issued under subsection (1) commits an offence.”.

s 6New Part IVa

The Act is amended by inserting after Part IV the following part:

“Part IVa

ENFORCEMENT

Seizable offence 21b.  Every offence punishable under this Act shall be a seizable offence.

Power to investigate 21c.  An authorized officer shall have all the powers necessary to carry out an investigation under this Act in accordance with the Criminal Procedure

Code [Act 593].

Power to furnish information 21d.  An authorized officer may require any person to furnish any information relating to the prevention and control of infectious disease.

Power to arrest 21e.  (1)  An authorized officer who is authorized by the Minister in writing may arrest any person whom he reasonably believes has committed or is attempting to commit an offence under this Act.

476 476

(2)

For the purposes of subsection (1), the Criminal Procedure Code shall apply.”.

s 7New section 22a

The Act is amended by inserting after section 22 the following section:

“Offences by body corporate 22a.  (1)  If a body corporate commits an offence under this Act, any person who at the time of the commission of the offence was a director, chief executive officer, chief operating officer, manager, secretary or other similar officer of the body corporate or was purporting to act in any such capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the body corporate or was assisting in such management—

(a)

may be charged severally or jointly in the same proceedings with the body corporate; and

(b)

if the body corporate is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of that offence unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves—

(i)

that the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and

(ii)

that he had taken all reasonable precautions and exercised due diligence to prevent the commission of the offence.

(2)

If any person would be liable under this Act to any punishment or penalty for his act, omission, neglect or default, he shall be liable to the same punishment or penalty for every such act, omission, neglect or default of any employee or agent of his, or of the employee of the agent, if the act, omission, neglect or default was committed—

(a)

by that person’s employee in the course of his employment;

(b)

by the agent when acting on behalf of that person; or

(c)

by the employee of the agent in the course of his employment by the agent or otherwise on behalf of the agent acting on behalf of that person.”.

477 477

s 8Substitution of section 24

The Act is amended by substituting for section 24 the following section:

s 24“General penalty

Any person who commits an offence under this Act for which no penalty is expressly provided shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding seven years or to both.”.

s 9Substitution of section 25

The Act is amended by substituting for section 25 the following section:

s 25“Compounding of offences

The Director General or any authorized officer authorized for this purpose by the Director General in writing may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, at any time before a charge is being instituted, compound any offence under this Act or any regulations made under this Act which has been prescribed by regulations as a compoundable offence by making a written offer to the person reasonably suspected of having committed the offence to compound the offence upon payment to the Director General—

(a)

in the case of a person who is an individual, a sum of money not exceeding ten thousand ringgit; or

(b)

in the case of a body corporate, a sum of money not exceeding fifty thousand ringgit.”.

Amendment of section 31 10.

Section 31 of the Act is amended by inserting after subsection (2) the following subsection:

“(3)  Regulations made under this Act may prescribe any act in contravention of the regulations to be an offence and may prescribe penalties of a fine not exceeding fifty thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding six months or to both.”.

Promulgated at our Istana Negara in Kuala Lumpur, the Federal Capital, this twenty-third day of February, two thousand twenty one.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang di-Pertuan Agong

[To be laid before Parliament pursuant to Clause (3) of Article 150 of the

Federal Constitution]

478 478